"Salah seorang di antara mereka menjelaskan, 'Seandainya bukan kerana bisikan jahat, nescaya saya tidak akan bergaul dengan manusia.'" Firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Dzukhruf (43) ayat 67 yang bermaksud, "Pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
Ada pula orang yang berkata dalam sebuah perjalanan di daerah orang asing. Orang yang tidak memiliki keteguhan niat, tanpa tempat tinggal yang tetap, tanpa keluarga, juga tanpa jiran tetangga, perubahan niatnya, semudah perjalanannya, dari satu negeri ke negeri lain.
Pengajaran pertama: Teman adalah tempat untuk kita melepaskan duka dan nestapa. Adalah mustahil bagi kita manusia untuk hidup tanpa berteman kerana di sanalah erti kehidupan.
Pengajaran kedua: Namun, dalam hubungan persahabatan, kerapkali ramai dikalangan kita yang menyalahertikannya sehinggakan, persahabatan itu tidak bertunjangkan keikhlasan tetapi semata-mata kepentingan dan keperluan peribadi.
Pengajaran ketiga: Maka, berteman dan persahabatan adalah suatu tuntutan, tetapi ia perlu betul pilihannya. Seorang teman atau sahabat haruslah mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah agar perhubungan kita diberkati.
Pengajaran keempat: Bagi mereka yang tiada berteman, kehidupan mereka seperti tiada matlamat dan tujuan. Tiada yang mengingatkan dan tiada yang berpesan-pesan. Hasilnya, kita akan hanyut begitu sahaja tanpa apa-apa amaran dari sesiapapun.
Comments