Monday, September 14, 2020
PANDEMIK COVID19: MUHASABAH SEBAB APA KITA BELAJAR?
Monday, September 7, 2020
SENANG KE UNTUK MOTIVASIKAN RAKAN SEBAYA KITA SENDIRI?
Memotivasikan rakan-rakan sendiri tidak mudah. Namun ia bukanlah sesuatu yang harus menjadi sebab untuk tidak melakukannya. Asas utama untuk memotivasikan orang lain bermula dengan memotivasikan diri sendiri. Memang kita selalu dengar, orang kata, "Jangan tengok apa yang aku buat, tapi dengarlah apa yang aku kata", ia sesuai untuk orang yang mendengar itu, tetapi tidak boleh digunapakai oleh orang yang bercakap itu sendiri. Orang akhirnya akan jadi menyampah dengan kita bukan kerana apa yang disampaikan tetapi kegagalan kita sendiri menunjukkan contoh untuk diikuti. Ingatlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah as-Saff, ayat 2-3)
Ayat ini secara langsung menjelaskan penegasan kepada diri kita agar jangan berbicara pada sesuatu yang tidak upaya kita lakukan atau tiada usaha kita untuk melakukannya. Ia selari dengan sabda Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam yang disampaikan oleh ‘Aisyah RA dan diriwayatkan oleh Imam Muslim, “Wahai sekalian manusia! hendaklah kalian beramal menurut kemampuan kamu kerana ALLAH SWT tidak akan pernah bosan sehingga kalian sendiri yang bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai ALLAH SWT, adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan meskipun sedikit.” Maka, keutamaan pertama dalam memotivasikan rakan-rakan sebaya kita adalah dengan membuat dan menunjukkan perubahan pada diri sendiri, itu yang paling utama. Para cerdik pandai pernah mengungkapkan, "Jika kita ingin mengubah dunia, ubahlah diri kita."
Perubahan yang kita mulakan akan menjadi gelombang perkembangan juga kepada rakan sebaya kita yang lain. Itulah antara ciri-ciri kehidupan seorang remaja khususnya, sukakan persaingan dan suka melakukan perbandingan. Secara tidak langsung, persaingan dan perbandingan itu akan menjurus kepada yang sihat belaka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid, ayat 21)
Selain itu, adalah penting untuk memotivasikan rakan sebaya kita dengan membina pengetahuan dalam diri mereka. Apabila seseorang itu tahu, mungkin secara tidak langsung akan mendatangkan mahu pada mereka. Cuba bertanyakan kepada mereka apa yang mereka mahukan dalam kehidupan mereka? Bagaimana mereka ingin mencapainya? Memberitahu boleh jadi dengan cara sembang-sembang santai sambil ketawa tidak semestinya dalam suasan ceramah atau kelas belajar yang formal. Kadangkala, ia boleh berlaku tanpa disengajakan hanya kerana kita berkongsi perkara kebaikan yang kita lakukan. Mereka lihat dan mereka fikir. Manusia lebih tertarik dengan apa yang mereka lihat berbanding yang mereka dengar. Maka manfaatkanlah. Jangan lupa untuk memperbanyakkan pesanan yang positif buat rakan sebaya kita. Kurangkan perkataan negatif dan mengejek, ini tidak akan membantu mereka. Apatah lagi jika kita kerap kali memperkecilkan mereka.
Monday, August 17, 2020
INTIPATI BELAJAR S.M.A.R.T. DALAM BELAJAR BERKUMPULAN
Monday, August 3, 2020
KITA SALING MELENGKAPI DALAM BELAJAR BERKUMPULAN
Monday, July 20, 2020
BENTUK KUMPULAN BELAJAR DENGAN RAKAN-RAKAN
Monday, July 13, 2020
SINGKATKAN MASA BELAJAR ANAK-ANAK
Monday, June 22, 2020
KREATIVITI MENYEDIAKAN NOTA BELAJAR
Tuesday, June 9, 2020
BAGAIMANA KITA INGIN MEMOTIVASIKAN ORANG LAIN?
- Kenali diri kita sendiri dan adakah kita termasuk dalam sebahagian seperti yang kita bincangkan di atas? Ada motif dan adakah kita beraksi dengan agresif atau pasif, faktor-faktor kita kuat atau tidak.
- Keraplah kita berdamping dengan orang yang sentiasa memberikan kita semangat dan kita juga harus menjadi insan yang rajin memberi semangat kepada orang lain. Jadikan diri kita contoh kepada mereka.
- Jadikan diri kita sebagai pemula, bukan penunggu. Tunggu dan lihat. Sentiasalah kita memulakan, kerana pengalaman memulakan akan membina keyakinan diri kita walaupun kita hanya mulakan dengan perkara yang kecil dan mintalah mereka juga untuk mulakan, jangan tanamkan keraguan sekiranya yang mereka hendak mulakan itu terasa kecil. Sebaliknya, galakkan.
- Buatlah yang kecil itu berterusan. Pesan kepada mereka buat sedikit, tapi konsisten. Jangan 'poyo' buat yang hebat tetapi hanya sekali. Buat yang kecil atau sedikit, gagalnya tidaklah sama sakitnya dengan usaha yang terlalu besar. Kita akan mudah untuk memberikan contoh usaha dan jatuh bangun orang lain dengan usaha mereka yang lebih besar dari usaha mareka itu.
- Keraplah kita bertanyakan khabar mereka dan jangan berputus asa dengan mereka. Anggaplah, tiada orang lain akan bantu mereka jika bukan kita.
- Penting untuk kita pastikan, bantuan atau motivasi kita kepada mereka hanya untuk redha Allah, baik mereka, bukan keuntungan kita di dunia sahaja bahkan di akhirat. Inilah nilai keikhlasan yang tinggi yang kita harapkan. Jangan berkira dengan wang ringgit kita, amalan dan usaha kita itu akan jadi sia-sia.
- Berpeganglah bahawa kejayaan itu milik Allah, sama ada kita berjaya atau tidak memotivasikan mereka, ingatlah, kejayaan bukan ditentukan oleh berjayanya mereka begitu juga kegagalan bukan disebabkan gagalnya mereka. Pada mata orang mungkin kita gagal, tapi pada mata Tuhan, mungkin gagal itulah pencetus kejayaannya selepas itu, 'Who knows?'
Wednesday, May 27, 2020
KEGUNAAN ANALISA SWOT
- SO – strength-opportunity
- WT – wekness-threat
- ST – strength-threat
- WO – weakness-opportunity





