Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

KITA SALING MELENGKAPI DALAM BELAJAR BERKUMPULAN

Kelas Belajar Berkumpulan yang kami perkenalkan (dahulunya dikenali sebagai S.M.A.R.T Study Group) amat menitikberatkan perhubungan di dalam kumpulan belajar itu sendiri. Ia merupakan sebahagian daripada faktor kejayaan yang akan memberikan impak yang amat positif untuk semua ahli di dalamnya. Setiap ahli kumpulan belajar perlu ada perasaan saling melengkapi antara satu sama lain serta menerima perbezaan secara fitrah beserta hati yang terbuka. Kumpulan yang terbina melalui perasaan saling melengkapi bukan sahaja akan dapat mengatasi kelemahan dalam persiapan pembelajaran bahkan mereka akan dapat membantu rakan mereka yang lemah dalam sesuatu subjek serta terus memberikan bimbingan dan sokongan kepada mereka untuk terus berusaha.

Oleh sebab yang demikian, Belajar Berkumpulan mewajibkan kehadiran semua ahlinya serta perlu dipastikan semua mereka bersama-sama dalam penyediaan tugasan mengikut tajuk-tajuk yang telah ditetapkan. Syarat kebersamaan ini, bukan bermaksud perlu bersama-sama membincangkan satu topik, tetapi bersama-sama menyiapkan topik masing-masing dalam tempoh yang sama untuk dijalankan pembentangan pada satu waktu yang telah ditetapkan juga bersama. Usaha menyediakan bahan pembentangan masing-masing itulah yang diharapkan dengan setiap ahli menyediakan nota sampingan dan rujukan kepada rakan mereka yang lain. Kegagalan berbuat demikian akan menatijahkan ketidakbersamaan ahli dalam setiap perbincangan yang dijalankan. Ia sedikit sebanyak akan menjejaskan kerjasama dalam kumpulan itu sendiri. Kebersamaan itu adalah berpunca dari perhubungan yang rapat serta saling mempercayai antara satu sama lain.

Kepercayaan yang berjaya ditimbulkan hasil dari perkenalan yang panjang akan menatijahkan keterbukaan antara satu sama lain. Keadaan ini akan membolehkan setiap ahli mengenali dan mengetahui segala bentuk kelebihan dan kekurangan setiap rakan dalam kumpulan mereka untuk mereka bantu atau mereka bincangkan bagaimana menghadapi sesuatu keadaan itu. Ini membolehkan, stiap ruangan kekurangan akan cuba ditutupkan oleh kekuatan yang ada pada orang lain atau peluang yang ada pada kelompok mereka. Begitu juga apabila ancaman datang kepada mereka, pasti akan ada cara untuk mereka menyelesaikan permasalahan tersebut menggunakan segala peluang yang ada atau memanfaatkan kekuatan tertentu yang terdapat pada ahli kumpulan mereka. Budaya saling melengkapi begini dipercayai akan mewujudkan perasaan kebersamaan yang tinggi sehinggakan mereka ingin merasai kemanisan kejayaan bersama dan mengharungi kesukaran dan kekalahan juga dalam keadaan bersama.

Jurang persaingan mungkin akan berjaya dirapatkan apabila mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain. Pembinaan anak-anak beginilah yang diharapkan oleh ramai ibu bapa di luar sana. Mereka bukan sahaja akan menghargai kejayaan mereka, bahkan mereka akan turut menghargai rakan-rakan yang turut sama jatuh bangun dengan mereka. Semua peranan dan perasaan tanggungjawab ini akan terbina dalam Kelas Belajar Berkumpulan. Ia bukan hanya kumpulan belajar bahkan kesediaan minda mereka untuk membina kelompok berjaya juga akan diterapkan. Ia bukan lagi soal mampukah saya berjaya tetapi mereka akan mula mempersoalkan mampukah kami akan berjaya. Langkah untuk mempersiapkan diri mereka itu bukan hanya dengan menjalankan Kelas Belajar Berkumpulan, bahkan ia memerlukan teguran dan bimbingan yang betul dalam menjalinkan hubungan kerukunan dalam persahabatan. Maka, kami datangkan Kelas Belajar Berkumpulan semestinya dengan bimbingan fasilitator agar ia dapat direalisasikan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang