KAMARUL AZAMI BIN MOHD ZAINI (KAMZ)
Merupakan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Air Panas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga memiliki Sijil Asas Kaunseling Tahap 1 dari KUISCell serta pemegang sijil Hipnoterapi As Shifa'. Telah berkecimpung dalam dunia fasilitator dan latihan semenjak tahun 1999 bermula dari Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Sehingga kini beliau aktif memberikan latihan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam perkara berkaitan kemahiran kendiri, motivasi dan kepimpinan. Aktif melatih dan membimbing pelajar-pelajar IPT dari segi kepimpinan dan kemahiran fasilitator seperti di UIAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klang, UPM dan UNIKL. Arif dalam hal berkenaan pembinaan karakter, keibubapaan, motivasi pekerja, motivasi guru serta kepimpinan Islam. Bergiat aktif bersama Yayasan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (YATIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan sehingga kini banyak memegang jawatan serta diberikan amanah menjadi pimpinan, rujukan serta perunding dalam hal-hal berkaitan pengorganisasian, motivasi dan kekeluargaan.
Turut menjadi tamu dalam siri latihan kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL, FaciTEAM UIAM Kuantan, KBM UPM, Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR), Ikatan Pelajar Islam Pahang (Ikatan), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Program Jati diri Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu ‘Parenting@Work’ – bersama MAPIM, serta Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) – bersama ABIM. Telah berkahwin namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapat bersama ibu dan ayah serta pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau berpengetahuan luas mengenainya. Berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Seorang yang suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas di syarikatnya sendiri (IQ Class Management) adalah sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDélaT. Banyak memberikan fokus dalam latihan kepimpinan, pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam.
Masih giat melatih dan membimbing serta memberikan ceramah dan bersedia untuk menerima jemputan ceramah, memberikan latihan dan bimbingan serta membina modul latihan secara percuma bersesuaian dengan perbincangan dari sudut masa, siapa dan tempat ia dianjurkan untuk pelbagai kelompok sama ada pelajar sekolah, IPT mahupun dewasa.