Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENIAWAB PERSOALAN ATAS APA YANG SEDANG KITA TANGGUNG?

Kehidupan ini adalah pemberian dari Tuhan yang Maha Menciptakan. Semua yang kita miliki adalah pinjaman yang pastinya akan dituntut semula segala penggunaannya. Ramai diantara kita lupa tiada apa yang ada pada diri kita yang kita punyai, termasuk masa yang padanya melekat nyawa kita. Oleh itu ramai diantara kita yang sangat khuatir kepada pembaziran harta, wang serta kerugian keuntungan pada mereka apabila perlu dibelanjakan untuk sesuatu yang mampu menambahbaik amalan mereka umpamanya menuntut ilmu dan pembelian buku-buku atas dasar disiplin keilmuan diri sendiri. Keadaan ini menjadikan manusia sangat haloba pada keuntungan tetapi tidak kepada amalan sumbangan dan pemberian. Haloba kepada sesuatu yang menampakkan kemasyhuran pada sisi pandang kemanusiaan berbanding mengejar impian hidup kekal di dalam taman yang aman dan selamat sejahtera selamanya. Kutipan keuntungan itu umpama sesuatu yang begitu diinginkan kerana ia pasti akan dilihat ramai orang sebaliknya kumpulan pahala adalah perkara yang mereka boleh tangguhkan.

Bayang dan fikirkan. Betapa Maha Pemurahnya Allah s.w.t. yang boleh menangguhkan keuntungan dunia buat kita pada masa yang sama apabila kita bersabar dan terus mengharap kepada Nya, pahala akan terus berjalan bukan kerana keuntungan yang kita dapat, tetapi hanya disebabkan oleh kesabaran menunggu keuntungan. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Mulk ayat 1 hingga 2 bermaksud, "Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun".

Dia berkuasa untuk membiarkan atau membantu kita dalam kehidupan kita seharian. Bukan sekadar dalam masa sesaat, bahkan selama-lama kehidupan kita sehingga ke saat kita hari hidup ini. Bahkan, Dia Maha Kuasa kepada kehidupan selepas kematian kita juga. Oleh sebab yang demikian harus kita ingat, semua yang kita tanggung ini akan ditanya dan inilah yang dikatakan sebagai amanah keinsanan sebagai hamba kepada Tuhannya. Kehidupan ini sebenarnya adalah satu ujian sebagaimana peperiksaan yang dihadapi oleh setiap kita ketika di zaman persekolahan dan pengajian. Dia berhak untuk memberikan apa sahaja ujian kepada kita sebagai manusia dan padanya harus kita berikan jawaban merangkumi empat hal utama iaitu perintah dan kewajiban yang harus dilaksanakan, larangan yang harus dijauhi, nikmat yang harus disyukuri serta musibah yang harus disikapi dengan sabar.

Kuncinya seakan mudah sebagaimana firman Nya di dalam Az-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud, " Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku". Allah sebagai Tuhan yang wajib disembah amatlah kita sedari tetapi adakah kita berupaya melakukannya dengan sepenuh hati dan jiwa? Kenangkan ketika datang kewajiban untuk solat, zakat, puasa bahkan haji, adakah telah kita lakukannya sehingga mendapat redha dari Allah s.w.t? Bayangkan solat kita yang penuh dengan angan-angan, puasa kita yang tidak lari hanya dari menahan lapar dan dahaga, zakat yang kadangkala berkira-kira, culas dan dilengah-lengahkan bahkan dalam hal kehidupan, keutamaan kita adalah pergi bercuti menghabiskan ribuan ringgit berbanding mengutamakan ibadah haji itu sendiri. "Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnyya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) , dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Al-Mukminun: 115)

Andainya saat ini adalah yang terakhir buat kita sudahkah kita melangsaikan kewajiban itu? Atau kita lakukan kewajiban pada masa yang sama melakukan apa yang dilarang Allah s.w.t? Solat kita yang diawali dengan perkataan bohong dan bongkak kepada insan lain. Puasa kita yang dihiasi dengan umpatan dan kejian sesama manusia dan banyak lagi. Bahkan ada sebahagian kita yang sanggup membiarkan jiran mereka kelaparan diwaktu mereka punya makanan yang berlebihan sehingga terbuang. Pada waktu hujan turun, kita tidak susuli dengan 'alhamdulillah' tetapi sesal dan menunjukkan rasa kecewa atas ketentuan Tuhan tersebut seolah-olah kita yang lebih tahu dari Dia. Pada kita sudah dianugerahkan kenderaan yang baik, tetapi masih menginginkan yang lebih baik yang pada dasarnya diluar kemampuan kita sehingga membebankan diri sendiri untuk terus menambahkan hutang. Adakah kita sebenarnya insan yang bersyukur?

Para ulamak menasihatkan kita agar sentiasa membandingkan diri kita dalam 2 keadaan. Bandinglah dunia kamu dengan dunia orang lain melalui insan yang lebih susah, sukar dari diri kamu. Agar dari mereka datang keinsafan dan rasa kesyukuran dengan nikmat yang Allah telah anugerahkan untuk kita. Bandinglah akhiratmu dengan akhirat orang lain melalui mereka yang lebih kuat ibadahnya. Agar ia menjadi ikutan dan datang rasa risau kita terhadap amalan diri kita sendiri. Mudah-mudahan akan lahir sifat sabar kita atas musibah yang melanda diri khususnya dalam suasana kita berhadapan dengan pandemik Covid19 ini. Semua ini telah dirancang. Bukan perancangan manusia tetapi perancangan Allah s.w.t. untuk manusia saling mengingatkan dan mendatangkan keinsafan dalam diri pada setiap kesalahan dan kelemahan kita dalam berhubung dengan Tuhan yang menjadi pemilik kepada segalanya. Telah bersabda Baginda Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam yang bermaksud, "Tidak akan bergeser dua telapak kaki seorang hamba (pada hari kiamat) sehingga ia ditanya tentang umurnya digunakan untuk apa, tentang ilmunya apa yang ia lakukan, tentang hartanya dari mana ia peroleh dan digunakan untuk apa, dan tentang pisiknya mengapa ia menyia-nyiakannya" ( HR. Tirmidzi, dan ia berkata, hadis ini hasan shahih).

Maka, jangan bazirkan masa kita di rumah kerana ia juga masa yang akan dipersoalkan. Jangan bazirkan masa kita dengan anak-anak akan lebih banyak soalnya. Jangan bazirkan masa kita dengan mereka yang kita pimpin dalam organisasi kerana akan dipersoalkan kelak. Walau datanglah kiamat pada esok hari, orang beriman tetap akan beramal dan berbakti pada hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang