Saturday, May 2, 2009

BERSAMA PELAJAR BARU DI MULTIMEDIA COLLEGE JALAN SEMARAK


Pada 29 April 2009, saya bertolak dari rumah saya di Kuala Selangor pada jam 6.30 petang. Perjalanan lancar sehinggal tiba di pejabat saya di Saujana Utama Sungai Buloh. Dhila sudah menunggu bersama barangan yang saya pesan untuk dibawa. Kami pun bergerak dari pejabat menghala ke Sekretariat PEPIAS di Kampung Changkat lebih kurang jam 7.15 malam.

Perjalanan lancar dan di dalam perjalanan, pelbagai perkara yang saya cuba bincangkan dengan Dhila termasuklah hal praktikalnya, hal PEPIAS dan juga pesanan-pesanan yang saya terima dari usrah ABIM Kuala Selangor, saya panjangkan kepada Dhila dengan harapan pesanan ini juga akan dipanjangkan ke dalam usrah PEPIAS kerana itu tujuan utama Dhila bersama saya pada hari itu.

Ketika dalam perjalanan, rupanya banyak perkara yang saya terlupa, yang sepatutnya saya ambil ketika sampai di pejabat tadi. Oleh kerana saya tak naik ke pejabat, maka terlupalah semua. Tidak apa lah. Saya cuba abaikannya walaupun sebenarnya teringat jugak dan ada sesalnya. Kami tiba di Kampung Changkat jam 7.45 malam. Semua dah solat Maghrib maka saya pun bergegas ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, saya berjumpa dengan Zul dan Ayep, mereka juga baru tiba tadi, maka saya bergerak bersama mereka ke sekretariat.

Saya menunggu Syamel yang sepatutnya bersama saya untuk ke MMC, tapi dia lambat sikit bersiap. Kami bertolak lebih kurang jam 8.30 malam dan tiba di sana jam 8.55 malam. Mujurlah awal. Kami solat Isyak dahulu. Selesai solat Isyak, saya berbincang dengan Syamel berkaitan dengan aktiviti yang ingin kami lakukan. Saya berbelah bagi dan tidak dapat membuat keputusan yang bijak.

Ceramah dimulakan pada jam 9.20 malam. Peserta adalah dari kalangan pelajar baru yang sedang diorientasikan seramai lebih kurang 90 orang. Perjalanan ceramah kurang menyerlah. Saya panas lambat dan perjalanan ceramah juga seperti tidak bersedia dan tidak dirancang. Kelemahan yang jelas dan ia tudak boleh berulang kerana saya akan memberikan ceramah sekali kepada pelajar IPT pada 3 Mei nanti.

Antara kelemahan yang jelas dan perlu diperbaiki ialah;
  1. merancang perjalanan ceramah dan permainan berdasarkan tempoh masa yang diberikan,
  2. melakukan aktiviti 'ice-breakier' dengan berkesan dan lebih bertenaga,
  3. memahami situasi peserta yang mungkin kepenatan.






Ceramah ditamatkan jam 11.50 malam. Kemudian kami dibawa ke bilik mesyuarat MPP untuk memberikan sedikit pesanan kepada adik-adik MPP MMC ini. Malam itu, kami bersama juga dengan Zafrullah, Setiausaha Agung PEPIAS. Keadaan ini menyebabkan saya tidak selesa dan tidak selesai rasanya urusan dengan adik-adik MMC tadi. Seperti nak lakukannya semula, tetapi Allah hanya beri peluang untuk lakukan sesuatu tetapi saya telah bazirkan. Semoga ia dapat diperbaiki pada masa akan datang.

TUNE-lah diri kita.

No comments: