Tuesday, May 19, 2009

TERUSKANLAH BERFIKIR

19 Mei 2009, saya memulakan langkah dan perjalanan saya sekali lagi. Saya mengharap perubahan dan kekuatan untuk terus memacu hidup bukan untuk nama, bukan untuk popular tetapi untuk hidup bahagia di akhirat sana. Hari ini, saya terus bergerak ke Sekretariat ABIM Selangor. sebenarnya tertinggal 'pendrive' kat sana. Tapi, alang-alang dah sampai. Duduklah sekejap.

Hari ini, saya teringat-ingat mimpi saya dua hari lepas. Saya menangis di dalam mimpi masa tu. Saya pun terpinga-pinga bila terjaga dan sehingga hari ini saya masih teringat yang saya menangis bersungguh-sungguh masa tu. Apa sebab agaknya tak tahulah. tetapi, hari ini hati berdetik pula, dalam mimpi menangis, tetapi, semasa sedar saya ini, amat sedikitnyalah saya ni menangis. Bangun malam? Alahai liat sungguh. Apa nak jadi ni? Bila ummat Islam hari ini diberikan ujian begini, bagaimana untuk dihadapi? Patutlah perjuangan ini macam obor yang nak terpadam, kerana pejuangnya amatlah lemah dan tidak mempunyai daya juang. Ya Allah bantulah saya.

Semoga perjalanan hari ini diberikan semangat dan keinginan untuk terus berfikir dan berbuat untuk agama. Pertama sekali, perjuangan melawan nafsu yang hari ini diberikan makanan yang macam-macam. Siapa yang bagi makan? Mata, telinga dan mulut. Makanan ni masuk terus sampai ke hati dan melemahkan lagi keupayaan hati untuk melawan nafsu yang semakin gemuk manakala hati semakin kurus. sebab tu hati tidak kuat, manakala nafsu makin naik serakahnya dan makin kuat daya juangnya. Tambah lagi dengan syaitan yang menghasut. Rakan-rakan kita hari ini pulak bukan jadi rakan yang membakar semangat untuk melawan nafsu, tetapi, bantu syaitan untuk kuatkan nafsu lagi. Na'uzubillah. Perubahan ini yang utama untuk semua pejuang yang obornya malap, saya sarankan, carilah sumber makanan untuk hati kita ini.

Mata, kurangkanlah menonton cerita-cerita barat tu, yang membuka macam-macam perkara. Tontonlah yang memberikan kesan kepada hati. Mata suka tengok cerita perang-perang barat, tetapi amat sedikit menonton Al-Kuliyyah dan sebagainya.

Telinga pula, dengarlah lagu-lagu dakwah yang menimbulkan keinsafan. Dengarlah zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran. Banyakkanlah perdengar perkara berkaitan ilmu berbanding gosip, cerita-cerita kawan juga umpatan tentang sesiapa sahaja. Semua ini menimbulkan pemikiran negatif kita kepada manusia lain dan akhirnya nafsu pun makin gemuk sebab makan daging kawan-kawan sendiri.

Mulut pula samalah macam telinga tadi. Jika kita dah dengar, mulut mesti nak menyampuk. Mulut pulak memang jenis tak boleh nak tutup. Lagilah. Pantang dengar. Kalau selesai disitu, tak pe lah juga, ini tidak, kita pula menjadi pemberita menyebarkan pula kepada orang lain. Allahu Akbar. Teruk betul kita ni.

Sebagaimana yang selalu saya ungkapkan, bila bercakap, telinga yang paling dekat dengan diri kita adalah telinga kita sendiri, maka, hindarilah dari melsayakan kesilapan ini dan sama-samalah kita perbaiki diri.

TUNE-lah diri kita.


No comments: