Saturday, May 2, 2009

DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI


Saya dan Jo bergerak meninggalkan sekretariat PEPIAS pagi itu jam 7.30 pagi, 30 April 2009. Saya ingatkan ceramah bermula jam 8.00 pagi. Kata Jo, pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami. Kami tiba di depan rumah adik Zaki. Dia masih di dalam. Jo ketuk pintu, rupanya dia baru bangun. Aduh. Masalah sikap ni. Sikap terhadap janji dan masa.

Saya dengan Jo meneruskan perjalanan menuju ke sekolah. Kami berhenti minum di Taman Melawati. Alhamdulillah, kami melapik perut sedikit. Sambil-sambil berbincang pelbagai perkara. Termasuklah hal usrah PEPIAS semalamnya. Berborak sampai tak sedar jam sudah menunjukkan jam 8.30 pagi. Kami pun bergegas ke sekolah.

Tiba di sekolah, letakkan kereta dan mula bergerak ke dewan. Seperti biasa, saya tidak melupakan semua keperluan ceramah. Dalam langkah saya, berfikir, jika saya tidak persiapkan mental, fokus dan lakukan bersungguh-sungguh mungkin akan jadi sebagaimana semalam. Saya fokuskan minda, senyum dan bersedia.

Ceramah dimulakan lewat sikit, jam 8.40 pagi. Semuanya lancar. Pelajar memberikan respon tetapi terfikir dibenak saya, pelajar ini telah datang dengan 'mindsets' yang salah. Sebab kain rentang dia terang-terang tulis ponteng sifar. Adus, kesian adik-adik ni. Mungkin dia rasa tak senang untuk duduk. Maka, saya perlu bekerja keras lagi.

Ceramah, alhamdulillah tamat tidak lah terlalu terlajak. 10.40 kami tamatkan sesi. Kata Jo, cikgu puji, sampaikan dia nampak saya berpeluh-peluh, dia tanya Jo, tak panas ke Encik Kamarul tu? Berpeluh-peluh dia. Jo jawab selamba, itu 'requirement' cikgu. Kalau nak jadi penceramah dia perlu. Wah! dewa-dewa saya kata. Tapi jauh dalam lubuk hati saya, saya memang sangat bersetuju dengan Jo. Itulah nilai dan pra-syaratnya. Bukan sekadar pandai bercakap, penampilan dan sikap kita juga kena betul.

Saya sampaikan yang terbaik dan cuba untuk perbaiki persembahan saya. Jo kata, cerita saya berterabur, tapi sampai, Zaki pun ingatkan saya cerita-cerita yang saya pernah cerita, tapi saya tak cerita. Zaki pesan, saya kena baca buku subconsious mind. Zero Mind Process dalam ESQ saya kata. Dia kata untuk buat muhasabah perlu ada latihan dan contoh untuk itu, jadi, hasil dari perbincangan sesi ceramah itu kami membuat kesimpulan;
  1. perlu disusun semula flow ceramah Motivasi CINTA;
  2. belajar tentang minda separa sedar;
  3. hadiri program-program yang berkaitan dengan hipnosis atau sebagainya.





Saya bersyukur dikurniakan rakan seganas Jo dan sesibuk Zaki. Mereka punya idea, cita-cita dan semangat yang dapat dikongsikan bersama. Semoga Allah kekalkan mereka bersamaku. Amin.

TUNE-lah diri kita.

No comments: