Monday, May 18, 2009

CERAMAH MOTIVASI CINTA SK TAMAN MALURI


Alhamdulillah, sekali saya turun ke sekolah untuk meneruskan misi ceramah Motivasi CINTA saya. 12 mei 2009, saya telah berada di SK Taman Maluri bermula jam 8.15 pagi sehingga jam 1.00 petang. 4 jam. Penat sangat. Tetapi saya boleh katakan ia baik. Pengalaman lagi buatku. Pelajar-pelajar di sekolah ini aktif dan agak sukar dikawal. Ia menguji tahap keupayaan saya untuk berceramah dengan baik dan tidak mengikut emosi diri ini.

Perjalanan pagi ku bermula dari Kuala Selangor pada jam 5.00 pagi. Singgah di Puncak Alam untuk ambil Jo kurang lebih jam 5.45 pagi. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti solat Subuh dalam jam 6.30 pagi di Hulu Kelang. Begitulah perjalanan kami pada hati itu. Seronok dan banyak yang kami bincangkan.

Selesai sahaja saya menyebabkan peserta-peserta di SK Taman Maluri menangis, saya mula berfikir, adakah ceramah ini memberikan kesan ke dalam diri mereka atau hanya sekadar mainan ketika berceramah sahaja? Jawapannya ada pada peserta-peserta itu sendiri. Ini adalah usaha ku, moga-moga ia berbaloi dan diterima oleh Allah s.w.t.

Dalam perjalanan pulang, kami mula berbincang tentang apa peranan IQ Class Management ini sebenarnya. Kami terus menerus berceramah di sekolah, memberikan pandangan, motivasi, latihan dan kursus. Yang mana, semua yang kami lsayakan mampu dilsayakan oleh orang lain, motivator lain. Jadi, apa bezanya kami dengan orang lain? Ya, pastinya ada. Misi kami kini apabila hadri ke sekolah atau berhadapan dengan siapa sahaja, keutamaannya ialah, jangan ada sebarang keraguan kepada Allah dalam hidup kita.



Berikan mereka kesedaran tentang persekitaran dan keperluan untuk mereka sentiasa memberikan perhatian. Khususnya, guru-guru dan ibu bapa. Semoga usaha ini berjaya. Maka, azam ku semakin kuat dan makin ingin untuk melsayakan yang terbaik dalam persembahan ceramah ku. Saya mula berfikir, mulai dari saat ini saya perlu memulakan aktiviti penulisan agar semua idea ini dapat disusun dan diolah pula dalam bentuk penulisan. Ia adalah usahsaya untuk tingkatkan kemahiran dan keupayaanku. semoga Allah memberkati.




TUNE-lah diri kita.

Perunding Utama Latihan dan Motivasi
IQ Class Management

No comments: