Perjalanan November kami diteruskan lagi ke Sungai Congkak pula. Pada 30 Oktober 2009, saya bertemankan saudara Zaki telah bergerak ke Sungai Congkak pada awal pagi bersama beberapa orang fasilitator IQ Class Management. Agak dukacita juga apabila tidak dapat bersama Jo kerana dia ditugaskan ke Morib untuk membantu PUSBA dalam menjayakan program SPIES di sana.
Saya sampai di Sungai Congkak awal. Alhamdulillah, segala persiapan dan perjalanan lancar. Maklumlah, dah diperingatkan Allah supaya lebih berhat--hati dan lebih teliti dalam mempersiap program kali ini. Komputer riba? Pinjam dari adik ipar saya. Terpaksa memandangkan milik saya tertinggal di Cherating. Persiapan baik dan lancar, namum saya agak terleka dan sangat bersahaja. Mungkin kerana sudah biasa dengan program sebegini atau setidak-tidaknya rasa mudah kerana dibantu oleh fasilitator yang boleh tahan hebatnya.
Penangan dari tertinggal komputer riba di Cherating ada juga terasanya. Apabila tiba hari kedua di Sungai Congkak, berlaku sedikit kekalutan. Ketika itu, saya sedang asyik menjalankan sesi muhasabah kepada peserta dan saat itu mereka sedang menangisi kesalahan dan dosa yangtelah mereka lakukan. Tiba-tiba datang Zaki dalam keadaan yang agak gelisah memanggil saya. "Cikgu bertengkar", bisik Zaki. "Berebut bilik", katanya lagi.
Saya terkedu dan minta Zaki yang menguruskannya memandangkan saya masih ada urusan bersama peserta yang sedang bermuhasabah. Zaki pun berbisik kepada saya bahawa, kata cikgu saya ada janji untuk berikan bilik itu kepadanya. Nah! Saya lupa lagi. Ya Allah... Dimana silap saya? Zaki pula yang menjadi mangsa keadaan terpaksa meleraikan kekusutan.
Keesokan paginya, segalanya berjalan dengan normal dan tidak lagi timbul permasalahan. Ia diselesaikan dengan kami sediakan bilik baru untuknya. Begitulah sahabat seperjuangan, bila janji tidak ditepati, yang menjadi mangsanya orang lain. Yang terbeban orang lain, tapi kita boleh beralih begitu sahaja. Saya mohon berjuta kemaafan kepada Zaki sebab menjadi orang yang menyelesaikan konflik yang saya mulakan.
Manusia mula hilang percaya apabila janji mereka tidak ditepati. Bila berjanji kotakanlah, jadikan ia beban serta tanggungjawab yang besar. Jangan ambil lewa sahaja. Allah ingatkan saya kembali, itu cuma janji dan permintaan manusia yang tidak dapat kita penuhi, hati mereka sakit dan marah apatah lagi janji kita kepada Allah, kepada pemberi amanah melaksanakan progra dan banyak lagi. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melaksanakan amanah dan mengotakan janji-janji Ya Allah.
Kamarul Azami bin Mohd Zaini
30 November 2009
Comments
Kesilapan kita ada harga yang kena bayar.Anggaplah ia sebagai yuran pembelajaran.
Semasa selesai majlis korban, ana minta seorang kawan,cek jumlah plastik kuning yang dilipat.Semuanya dah cukup.Bila anak round sekali lagi ada lagi sekeping tersadai di atas papan notis.Moral ceritanya, sentias buat double check.mudahkan.