Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

PUISI: TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN


Untuk melangkah, perlu fikir positif
Buat kerna perintah DIA, maka buat terus
Jika nama kita tersenarai, adalah kerana DIA senaraikan
Kehendak manusia hanya yang diwakilkan

Amanah itu ada 2, tanggung dan jawab
Leka, maka lalai menanggung
Takut, maka tak mampu tanggung
Lewah, maka yang tanggung berciciran

Bersedialah untuk menjawab
Dalam mesyuarat beralasan
Depan Tuhan bagaimanalah agaknya

Sebab itu, amanah itu berat
Ramai orang ucap tahniah
tidak kurang yang ucap takziah

Tahniah kerana ruang kebaikan semakin luas
Takziah sebagai peringatan, jangan tak buat
Kebaikan buat pada kadar yang kita mampu
Namun keburukan, kejahatan, tidak boleh kompromi

BIJAKLAH MEMIMPIN
Berani, ikhlas, jauhi kesalahan, ambil tahu dan kemaskan diri
Belajarlah patuh, jadi ketua dan beri teladan kepada yang lain

C.H.I.E.F
Baiki komunikasi, wujudkan interaksi aktif (communicative)
Berlaku jujur, berkata benar agar terlihat kesungguhan (honesty)
Datangkanlah inisiatif, jangan copy paste, akan mematikan akal (initiative)
Berkesanlah dalam apa jua tugasan yang diamanahkan (effective)
Tanpa melupakan generasi penerus yang sentiasa diberi bimbingan (facilitative)



~~~~~
6 Mac 2020
Smart Tahfiz masjid UNISEL, Bestari Jaya
PKPIM UNISEL

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se...

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang...

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai ...