Bukan kebolehan saya untuk menulis. Tetapi, membaca tulisan orang lain melalui buku-buku mereka, mengusik hati saya untuk turut serta menulis. Bukanlah kerana banyaknya ilmu, tetapi banyaknya juga perkara yang saya lihat sambil perhati sehingga terbina pelbagai kesimpulan dalam benak hati dan pemikiran saya ini.
Ya, kerjaya yang menjadi minat saya sejak tamat belajar di universiti Taman Ilmu Dan Budi adalah menjadi seorang perunding dalam bidang latihan, motivasi dan bimbingan. Minat, tetapi bukan mahir lagi, cuma, pengalaman ada la sedikit dan saya nak kongsikan. Kenapa nak kongsi? Sebab idea banyak, takut saya tak terbuat, jadi kalau ada sesiapa yang terbaca apa yang saya tulis, harapnya akan ada orang yang sanggup ambil risiko dan tanggungjawab untuk usahakan idea itu.
Keduanya, saya amat berharap apa yang saya tuliskan menjadi bekalan lepas saya dah tinggalkan dunia ini. Pergi mana? Ya, ke alam yang kekal abadi. Amalan kita boleh melangkaui umur dunia kita dalam bentuk ilmu. Nak harapkan harta, tak boleh nak harap. Harapkan doa anak yang soleh, sehingga saat saya menulis ini, kami masih berdua lagi (moga Allah izinkan kami punya anak yang soleh dan solehah).
Ketiganya, mencari penyelesaian. Terlalu banyak persoalan berbanding jawapan. Kadangkala, ada jawapan, tetapi tidak kena pula pada tempatnya. Jadi, saya berharap, apabila banyak menulis, harapnya banyak juga orang membaca, maka, akan ada teman-teman pembaca yang nak berkongsi idea atau cara penyelesaiannya.
Belajar di universiti dulu menggiatkan saya aktif dalam pelbagai NGO, menjadikan pengalaman yang ada ini pelbagai. Setiap hari kita akan berusaha buat yang terbaik. Tambah lagi apabila berkeluarga dan saya ada peluang membesarkan anak-anak kakak, menjadikan kita lebih dewasa dan lebih ingin berjaya.
Ya, kalau disemak dalam blog ini, banyak juga yang saya dah tulis. Pelbagai, tidak fokus dan ada juga yang agak ilmiah. Kali ini saya bercadang untuk menulis dengan lebih aktif dan dibahagikan tulisan ini kepada 2 atau mungkin 3. Susahnya nak buat keputusan. Apa pun, ini usaha penambahbaikan diri sendiri. Glamer, bina nama, bina brand? Bukanlah. Bina diri sendiri. "We are what we read, write and discuss". Itu yang ada dalam fikiran kita.
Terima kasih kerana membaca.
*Ambil kesempatan menulis dalam kereta.

Comments