Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

KITA ADA 4 BUAH PINGGANG


Selalunya kecerdikan sukar untuk kita terjemahkan. Ramai yang menilai ia dari sudut keupayaan menjawab peperiksaan tetapi hakikatnya bukan. Proses berfikir secara terbuka dan lapang adalah kunci kepada upaya manusia menjadi cerdik. Lagi banyak sekatan, lebih sempit jalan berfikir dan akhirnya orang itu diperbodohkan. Itulah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat yang di'bonzaisification'kan fikiran mereka. Telah saya jelaskan ada 2 cara ia berlaku iaitu dengan memberikan semua jawapan atau menyekat dari bertanya soalan. Bahkan hari ini saya ingin menjelaskan, memberikan semua jawapan itu sehingga tidak memungkinkan ada jawapan yang berbeza dari apa yang guru itu sediakan. Berlainan itu salah. Itulah yang ditanamkan.

Saya terbaca satu humor menarik yang dicatatkan di dalam Quora dari sejarah seorang pelajar bernama Aparicio Torelly Aporelly (1895-1971), yang juga dikenali sebagai "Baron de ItararĂ©". Kisah ini dibaca dalam Bahasa Inggeris dan saya terjemahkan kepada Bahasa Melayu dengan anggapan mereka berBahasa Melaya. Harapnya, ini akan memudahkan penceritaan dan ceritanya saya cuba kekalkan sedekat yang mungkin tetapi mesej cerita tetap sama. Kisah ini berlaku ketika "Baron de ItararĂ©" sebagai murid menghadiri pembelajaran di kelasnya, berlaku satu dialog ringkas kebiasaan sepertimana yang kita pernah lalui pada zaman persekolahan dahulu. Gurunya berdiri menghadapnya dan bertanyakan soalan;


Guru: Berapa banyak buah pinggang yang kita ada?

Murid: Empat cikgu!

Guru: Empat?


Sambil mentertawakan jawapan muridnya. Perilaku yang kerapkali kita jumpa apabila jawapan yang kita tunggu dan harapkan tidak sama, maka berlaku tindakan yang mematikan semangat ingin belajar seorang anak murid tanpa ada usaha untuk menjustifikasikan jawapan tersebut. Bila ini berlaku? Anda perasan ini berlaku? Ya, kadang-kadang kita sendiri sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak kita, perasan tak?


Guru: Bawakan rumput yang banyak sebab ada keldai dalam kelas kita.

Murid: Dan untuk saya kopi ya!


Guru menjadi geram atas tindak tanduk muridnya itu, lalu dihalaunya keluar dari kelas. Ketika dia berjalan keluar meninggalkan kelasnya, datang keberanian dalam dirinya untuk mempertahankan jawapannya kepada guru yang kelihatan masih marah.


Murid: Cikgu tanya saya, "Berapa buah pinggang yang kita ada?" Kita ada empat, dua saya punya dan dua cikgu punya. 'Kita' adalah merujuk kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua. Nikmatilah rumput itu!


Pada pandangan anda, kecerdikan ada pada siapa dalam situasi ini? Teringat saya kisah 3 Idiots lakonan Amir Khan yang juga memberikan gambaran yang hampir serupa dengan kisah ini apabila dia diminta mengajar menggantikan profesornya di dalam kelas. Bagai separuh gila mereka mencari perkataan di dalam buku teks tetapi sebenarnya adalah rekaannya menggunakan dua nama sahabat karibnya. Keupayaan berfikir ini amat luar biasa tetapi kita mengabaikan pemikiran tetapi kita memaksakan pemahaman. Ini tabiat yang salah dalam pembelajaran. Cubalah kita fikir-fikirkan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang