Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

HIDUPKAN AGAMA DALAM DIRI ANAK KITA

Norma kehidupan kini bukan lagi seperti zaman 70-an, 80-an walaupun 90-an. Mereka yang lahir pada tahun millenium sekalipun, ada juga yang tertinggal dan terkebelakang. Ini bukanlah suatu momokan tetapi hakikat yang perlu di nilai atau dirasai oleh ibu bapa hari ini yang memiliki anak-anak berumur dalam lingkungan 9 ke 17 tahun. Wahai para ibu dan bapa, peringatan ini penting kerana sebagai manusia, kita tidak akan hidup untuk selama-lamanya dan sebagai ibu bapa kita tidak akan dapat melihat anak kita sampai ke mana di dalam dunia mereka. Persiapan, penyediaan serta kelengkapan perlu diberikan kepada mereka sebaiknya selagi kita diberikan kesempatan masa ini, fikirkan dan berbuatlah.

Pesanan amat perlu diutamakan apabila hari ini, manusia tidak lagi membela 'waris' (seperti dalam televisyen) itu untuk menjaga diri dan untuk memastikan 'waris' itu kekal bersama, maka memerlukan korban darah atau dara. Begitu juga dengan ceritanya hantu raya atau orang minyak. Ternyata, ketakutan itu dulu, yang terang-terang manusia di sesatkan oleh Iblis laknatullah dengan keindahan yang rupanya tiada dan hanya sementara. Namun ibu bapa yang dikasihi sekalian, ini tidaklah bermakna Iblis musuh kita ini telah meninggalkan usahanya, bahkan usaha mereka sama tetapi anak-anak kita semakin lemah untuk bertahan. Oleh kerana itu, hari ini, yang mereka bangunkan bukan lagi makhluk-makhluk belaan, tetapi nafsu yang ada di dalam diri mereka sendiri. Nafsu yang telah Allah s.w.t. anugerahkan yang akan memberikan perbezaan antara manusia yang ke syurga atau neraka. Nafsu yang akhirnya melahirkan manusia tetapi berhati binatang. Tindak tanduk dan perbuatan mereka, serta hilang rasional kewarasan pemikiran sebagai manusia yang diangkat kemuliaan di sisi Allah s.w.t. sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Lihatlah dada akhbar dan media-media yang begitu galak berkongsi pelbagai cerita, ada yang sedih dengan tindak-tanduk tidak bertamadun anak-anak kita dan tidak kurang langsung bahkan lebih besar sambutannya kepada mereka yang langsung tidak malu untuk mengetengahkan segala perbuatan buruk mereka dengan selesa dan penuh bangga.

Saidina Abu Bakar pernah berpesan dalam nukilan Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali, "Badan kita itu tidak ubahnya laksana sangkar burung ataupun kandang binatang, maka fikirlah baik-baik untuk dirimu. Dan tentukanlah bagi dirimu, yang mana satu di antara dua perumpamaan ini." Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Fajr ayat 28 yang bermaksud; "Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai."

Jika kita burung, maka kita akan terbang tinggi menyahut seruan ayat di atas tadi. Tetapi awas, jika kita menjadi laksana binatang ternak seperti firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-A'raf ayat 179 yang bermaksud; "Mereka ini laksana binatang bahkan lebih sesat lagi."

Mari kita lihat apa yang ada dipersekitaran anak-anak kita? Adakah ia menyerupai sangkar burung atau kandang binatang? Jika sangkar burung maka, burung tadi mempunyai naluri untuk bebas merdeka dan pergi mencari rezekinya. Bebas bertebangan dan kembali ke tempat yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Sentiasa mencari jalan keluar yang menjerat dan menyekat rasa bebas dan merdeka dari kongkongan manusia. tetapi jika sebaliknya, kandang binatang, maka apa yang disuapkan dimakan sahaja, tanpa tahu beza baik buruknya, tanpa menilai keutamaan dan kualitinya. Akhirnya binatang ternak yang utama bagi pemiliknya, sihat-sihat dan gemuk-gemuk untuk disembelih menjadi santapan manusia.

Renungilah dimana anak-anak kita. Mari kita kembali berperanan sebagai ibu dan bapa sebenar kepada anak-anak kita. Ajarilah anak-anak mu dengan asas fardhu 'ain yang kukuh. Kenalkanlah anak-anak kita dengan siapa penciptanya dan siapa yang menjadi idola ikutannya. Bawalah syariat Islam di dalam kehidupan keluarga kita.

Wahai ibu-ibu dan ayah-ayah, menurut Imam Ibnul Wardi, untuk membesarkan remaja, anak-anak kita, maka perlulah para ibu dan ayah menjauhkan anak-anak mereka dari 3 perkara kelalaian yang banyak pada hari ini iaitu, nyanyian yang melalaikan, menyebut, membaca, mengkhayal dan melihat kecantikan wanita serta suka melawak jenaka dan bercakap yang sia-sia. Perasan atau tidak, ia tidak jauh dari kita. Ia ada di dalam rumah kita. Ia ada bersama kita 24 jam dan ia tidak dapat dikawal. Apabila anak-anak tidak boleh meninggalkan peti ajaib dan yang merosakkan ini iaitulah televisyen. Pesanan Imam Ibnul Wardi ini telah dinukilkan lebih dari 700 tahun dahulu.

Ibu-ibu dan ayah-ayah, usahlah biarkan pemikiran kita rosak dengan apa yang mereka tontonkan. Awasi mereka. Bersama mereka. Tanya dan berbuallah dengan mereka. Selami hati mereka kerana pada hari ini, teman mereka bukan lagi ibu ayah mereka, tetapi peti televisyen di rumah mereka. Usaha ini bukan yang terakhir, tetapi ia baru bermula, kita baru berbicara tentang televisyen belum lagi internet dan kemudian media lainnya. Masa mereka lebih untuk semua kemudahan ini tetapi amat sedikit untuk ibu bapa mereka apatah lagi agama mereka.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se...

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang...

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai ...