Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

KEPIMPINAN HARUS MENGUTAMAKAN KEBENARAN BUKAN KEMASYHURAN

Manusia, apabila tiada, mereka berjuang untuk diadakan apa yang tiada. Berusaha sekuat mungkin bersama-sama rakan yang tiada. Perjuangan yang pada mereka baik dan manfaatnya pasti akan dikongsikan bersama yang berhak dengannya. Ranjau perjalanan melalui perjuangan itu tidak sedikit sukarnya dan dari situlah lahir nilai kepemimpinan dalam dirinya yang seterusnya menjadikan seseorang itu bukan sekadar memperjuangkan hak peribadinya, bahkan dilihat dan dinilai mampu memperjuangkan hak kepada orang lain juga. Sejarah telah memberikan pelbagai kisah contoh yang dapat kita teladani serta diambil iktibar. Tidak kira perjuangan itu kecil atau besar, pasti proses ini akan ada untuk melahirkan seseorang yang boleh mengetuai perjuangan itu.

Apabila ranjau itu terlalu sukar, maka yang mengetuai itu akan sampai ke satu persimpangan apabila perjuangan itu telah sampai ke kemuncaknya. Tawaran mula menderu kepadanya dan berserulah pula manusia yang ada disekitarnya. Kedua-duanya adalah seruan kepada kebaikan. Amat sukar untuk dibezakan. Pertimbangan kita merasakan, pilihan satu atau dua, keduanya akan memberikan kesan yang amat positif dan waktu inilah penilaian kebaikan itu kembali kepada prinsip asas pegangan kehidupan seorang pemimpin dan kepimpinannya. Sebelah kanan menawarkan segala bentuk kebaikan dan keberuntungan melalui kesenangan dan kemewahan, serta kebebasan untuk melakukan pelbagai perkara serta bermanfaat menggunakan kedudukan untuk kebaikan orang bawahannya tetapi dihujungnya datang dengan syarat.

Manakala di sebelah kirinya datang dengan tawaran, tinggalkan sahaja perjuangan ini, lupakanlah. Maka disediakanlah habuan untuknya jika bersetuju dengan tawaran itu. Habuan yang orang kata tidak habis dimakan selama tujuh keturunan. Habuan yang dapat menenggelamkan segala keperitan perjuangan yang telahpun dilalui sepanjang kehidupan itu. Habuan yang pada hemat manusia biasa, tidak mungkin dapat dirasai jika dilepaskan pada kali ini. Persimpangan yang amat mencabar untuk dibuat keputusan. Menguji kekuatan mental dan emosi. Apabila ia datang di hadapan kita, apakah pilihan yang kita akan buat? "If anyone seeks for greatness, let him forget greatness and ask for truth, and he or she will find both."

Kanan tawaran jawatan, kiri tawaran hidup senang dengan segala kemewahan yang tidak berpenghujung, lupakanlah kata Horace Mann. 'Greatness' itu bukan sekadar pada nama dan kedudukan, juga pada kehidupan. Lupakanlah, sebaliknya carilah kebenaran. Itupun, belum dijanjikan untuk merasai keduanya itu. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Ankabut ayat 2 dan 3 yang bermaksud; “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’”

DIAlah yang menjadikan manusia maka, DIAlah yang Maha Tahu tentang manusia. Adalah tidak lekang pada bibir-bibir manusia itu pendustaan apabila yang dijaga dan dipeliharanya itu ingin dikekalkan untuknya bahkan lebih malang lagi sekiranya berniat untuk menyelematkan kedudukan atau 'greatness' mereka itu. Oleh sebab itu, tiada tawaran yang lebih bernilai baik dari kanan atau kiri berbanding tawaran dari yang berada di atas. DIAlah pemilik segalanya, maka carilah kebenaranNYA! Sebab itulah, pada diri setiap orang yang dikagumi manusia khususnya selepas kewafatan mereka adalah orang-orang yang mencari kebenaran tentang tuhannya, tentang amanah kehidupannya, tentang keamanan sejagatnya serta tentang hak-hak asasi kemanusiannya. Tidak ada sejarah kehidupan manusia yang dikagumi itu adalah kerana kekayaannya bahkan jika adapun nama mereka disebutkan dengan kekayaan itu, datang bersamanya laknat dan pengajaran yang harus dijadikan sempadan buat kita. Al-Quran ada bersama kita bahkan Al-Quran sendiri datang dari kata dasar baca. Bahkan nama lain bagi Al-Quran itu adalah Al-Haq, kebenaran dan Al-Furqan sebagai pembeza. Muslim telah ada asas yang begitu kukuh untuk dijadikan sandaran, namun mengapa hari ini, dikebanyakan negara Islam kita juga yang berhadapan dengan nilai kepimpinan yang hanya mencari-cari 'greatness'? Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Fajr, ayat 27 hingga 30 yang bermaksud, “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku.”

Ketenangan yang sebenar datang dalam usaha mencari kebenaran yang hakiki dalam kehidupan seharian. Akhirnya, pertimbangan kanan dan kiri akan ditolak kerana menilai kepada kebenaran yang sebenar. Kebenaran yang dicari bukanlah 'greatness' tetapi keadilan, amanah dalam tanggungjawab yang diberikan, tidak memutuskan persaudaraan, timbangan yang tepat, tidak memakan atau mengambil yang haram, bersederhana dalam kehidupan yang semuanya telah digariskan di dalam kitab panduan Al-Quran Al-Karim itu. Firman Allah s.w.t. lagi di dalam surah Yunus ayat 57 pula bermaksud, "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Apabila kita berbincang mengenainya, orang-orang yang memimpin itu kita dapati sihat-sihat belaka secara fizikalnya. Panjang pula umur mereka kerana pandainya mereka menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Alhamdulillah, dengan izin dari NYA juga untuk menjadi panduan untuk kita. Perhatian yang Al-Quran berikan bukanlah kepada penyakit fizikal yang sibuk kita jaga, tetapi lebih kepada kesihatan dalaman yakni hati mereka. Sebab itu, dalam sedar kita tahu, fizikal yang sakit akan berhenti sakitnya apabila ditanam di kuburan, namun hati yang sakit akan dibawa menghadap DIA yang Maha Menciptakan. Sakit fizikal hanya sementara tetapi sakit 'hati' akan kekalkan kita di dalam seksaan Nya. Berterusanlah kita menjadi pemimpin yang sentiasa mencari dan mengutamakan kebenaran berbanding 'greatness'.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang