Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

ILMU BELUM CUKUP LAGI KAN?

Muda bukan hanya digelar setahun jagung, bahkan selalu dikatakan ilmu mereka belum cukup. Bahkan anak muda sendiri menilai diri mereka begitu sehingga subur dalam jiwa mereka ketakutan untuk melakukan kebaikan hanya kerana beralasan bahawa ilmu belum cukup. Ilmu belum cukup juga dijadikan alasan untuk menutup segala kesalahan yang mereka lakukan Ia menjadi ungkapan untuk melepaskan diri dari pertanggungjawabkan. Keadaan ini bertambah buruk apabila orang dewasa pula kerap melabel mereka sebagai orang yang belum tahu, tidak cukup ilmu dan yang seangkatan dengannya sehingga mereka angkuh dan bongkak akan keadaan mereka yang kononnya serba tahu. Bongkak dan sombong begini akhirnya merendahkan orang lain dan melupakan hakikat bahawa yang diketahui ini hanya dengan izin dari Allah s.w.t.. Ingatlah bila Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah aat 31 dan 32 yang amat msyhur itu bermaksud;

"Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: 'Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar'."

"Mereka berkata, 'Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana'."

Ibnul Qoyyim juga pernah menukilkan; 'Tidak ada sesuatu perkara yang lebih merosakkan sesuatu amal soleh daripada perasaan ujub (bangga diri) dan terlalu memandang lebih dirinya.' Maka, berhati-hatilah. Kenyataan ini bukan bermaksud anak muda perlu berasa bahawa ilmu mereka perlu cukup. Segala kata-karta itu tidak pun mengubah keadaan manusia itu yang tidak tahu dan tidak pun mengubah keadaan di mana apa yang kita tahu adalah kerana diizinkan Allah s.w.t. untuk kita tahu. Cuma dalam konteks hari ini, bersama catatan mengenai boleh ke anak muda berdakwah ini, diperjelaskan mengapa perasaan yang mengatakan bahawa ilmu belum cukup lagi itu sebagai satu ungkapan yang kerapa kali digunakan pada tempat dan ketika yang tidak bersesuaian. Ungkapan itu sendiri ada kebenarannya, tetapi usahlah dipakai sewenang-wenangnnya. Soalan yang harus ditimbulkan semula adalah, bila agaknya ilmu kita akan cukup? Jika kita memahami erti sebenar keilmuan, pasti kita akan buntu memikirkan, yang mana satu lagi benar, sama ada persoalan ilmu belum cukup lagi atau bila ilmu akan cukup? Hakikat keilmuan itu adalah sesuatu yang tidak pernah berhenti dari berkembang. Bandingkan sahaja kehidupan antara kini dan sepuluh atau dua puluh tahun sebelum ini. Banyak penemuan serta penambahbaikkan pada setiap perkara yang ada pada kita. Semua perubahan ini bertitik tolakkan ilmu.

Maka, oleh sebab itu, jika ada dikalangan orang dewasa mengatakan bahawa ilmu anak muda belum cukup lagi itu harus ditujukan kepada satu-satu perkara yang khusus. Sebaliknya, jika yang dimaksudkan merujuk kepada ilmu secara umum maka, ayat itu tidak terguna pakai. Bagi anak muda, persepsi ilmu belum cukup atau ingin menunggu untuk ilmu cukup juga adalah sesuatu yang amat menyimpang dari sifat atau nilai peribadi seseorang yang dahagakan ilmu pengetahuan. Sebab itulah, gesaan berdakwah ini adalah kepada semua yang bernama manusia atau insan lebih-lebih lagi mereka yang mukallaf atau yang telah layak dipertanggungjawabkan setiap perbuatan mereka atas bahu mereka sendiri. Anak muda lebih dari layak. Maka, anak muda harus membuang stigma menngenai kurang ilmu atau tidak cukup ilmu kerana Baginda Rasulullah sallallahual'aihiwasallam berpesan, sampaikan darinya walaupun satu ayat. Sampaikan walaupun sedikit. Sampaikan pada apa yang kita tahu dan yakini ia benar. Asas yang mesti dipegang pada diri anak muda dalam memenuhi tanggungjawab dakwah ini adalah berkata benar dan berakhlak mulia. Pastikan perbuatan dan perkataan kita berasas dan mempunyai rujukan yang baik. Tidak pasti, jangan kongsi. Jika kita telusuri sejarah kehidupan Baginda Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam pun, kita akan memahami, bahawa dakwah sebenar Baginda adalah pada dakwah bil hal yakni dakwah melalui kemuliaan akhlaknya.

Risau ilmu belum cukup itu adalah sesuatu yang positif dan sepatutnya ia disusuli dengan usaha untuk menambah pengetahuan pada perkara yang kita lemah atau kekurangan bukan berhenti di situ sahaja. Maka, secara tidak langsung, sebagai anak muda, boleh menggunakan pelbagai cara dakwah yang bukan hanya berasaskan kepada perkataan. Bahkan yang kita semua harapkan, dengan kebanjiran penggunaan media sosial dikalangan anak muda, diharap kalian dapat menggunakan medium tersebut dengan sebaik mungkin untuk menyampaikan dakwah yang berkesan. Ambillah masa untuk membuat kajian, pembacaan serta memahami setiap isi perbincangan sebelum kita menyampaikannya kepada orang lain. Menyampaikan yang benar itu adalah kewajiban bagi seorang pendakwah. Bagi orang dewasa, adalah menjadi kewajiban bagi mereka untuk memberikan bimbingan dan galakan agar ketidakcukupan ilmu itu di atasi dengan kebijaksanaan orang dewasa yang bersama mereka. Sekiranya, setiap peringkat umur ini, diberikan peranan dakwah dengan baik, nescaya, dapat kita pastikan yang akan tersebar dalam masyarakat adalah lebih banyak yang baik berbanding yang buruk. Mulai saat ini, usahlah anak muda jadikan ilmu yang tidak cukup sebagai alasan untuk tidak berdakwah dan jangan pula orang dewasa merendahkan keupayaan anak muda berdakwah hanya disebabkan label belum cukup ilmu. Main peranan kita, bimbinglah mereka.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se...

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang...

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai ...