Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

VISI BESAR IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Apakah perkara yang kita rasa paling besar untuk dicapai dalam kehidupan? Apakah perkara yang kita pernah dengar orang kata penting dalam kehidupan? Apakah perkara yang paling besar kita lihat orang lain capai dan kita mahu anak-anak kita mencapainya? Persoalan-persoalan ini harus sentiasa ada dan bermain di dalam pemikiran ayah ibu sekalian. Ia akan memandu ayah ibu untuk terus berusaha mencari sebab sebenar keberadaan kita di dunia ini dan akan menjadi sebab utama juga lahirnya zuriat mereka ke dunia ini. Ayah ibu yang mengasihi zuriat mereka tidak mungkin akan membiarkan kehidupan dunianya amat sukar, penuh cabaran dan rintangan sehingga mereka berasa putus asa kepada hayat yang mereka ada. Maka, sebab itulah ayah ibu akan mula merencanakan kehidupan yang terbaik walaupun hasil atau natijahnya mungkin amat berbeza sekali dari apa yang diharapkan. Namun, keinginan untuk memberikan kehidupan yang baik, selesa serta aman buat zuriat mereka sentiasa menjadi perhatian ayah ibu yang bekerja saban hari untuk mengisi setiap keperluan mereka.

Pernahkah ayah ibu berasa cukup dengan apa yang ada? Pernahkah ayah ibu mendengar anak-anak berkata cukuplah ayah ibu dengan apa yang kita ada? Pernahkan ayah ibu melihat ada orang lain yang sentiasa menunjukkan apa yang ada pada diri mereka itu mencukupi? Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran surah Al-Isra' ayat 100 yang bermaksud;

"Katakanlah 'Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut".

Begitulah lagaknya manusia yang sebenarnya tidak akan berasa puas dengan apa yang diperolehi mereka. Didikan kepada anak-anak untuk redha dan bersyukur itu seharusnya menjadi pelambangan penting nilai kehidupan sekeluarga. Ia tidak bermakna kita hanya pasrah kepada segala kekurangan tetapi sebaliknya, usaha yang kuat akan memberikan keberhasilan yang diizinkan oleh Allah s.w.t.. Firman Nya di dalam surah Ar-Ra'd ayat 26 yang bermaksud;

“Allah meluaskan kurnia rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan menyempitkannya. Dan mereka (orang-orang musyrik itu) gembira dengan kehidupan dunia padahal kehidupan dunia itu dibandingkan dengan kehidupan akhirat hanyalah kesenangan yang sedikit.”

Sebaiknya, visi ayah ibu dalam membesarkan anak-anak melebihi visi keduniaan mereka semata-mata. Kesenangan dunia yang dicari mesti dilandaskan kepada kesenangan yang mereka akan perolehi sama diakhirat kelak. Oleh sebab yang demikian, letakkanlah harapan yang tinggi untuk mendidik anak-anak lebih fokus untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. berbanding kekayaan, kesenangan dan kemasyhuran dunia semata-mata. Biarlah anak-anak kita sedar bahawa setiap amalan mereka diperhatikan dan akan ditimbang oleh Allah s.w.t.. Didiklah anakmu untuk memenuhi 2 syarat utama keinsanan iaitu sebagai hamba kepada Tuhannya dan sebagai pemimpin kepada makhluk di dunia. JIka mereka hidup dalam nilai kehambaan, maka mereka tidak akan pernah melakukan yang haram dan meninggalkan yang halal apatah lagi yang diperintahkan Allah s.w.t. ke atasnya. Disamping itu, kesedaran sebagai pemimpin makhluk ini menjadikan mereka insan yang sentiasa memberi manfaat kepada makhluk hidup yang lain dan nescaya mereka tidak akan berlaku zalim terhadapnya.

"Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam: Siapa yang pernah berbuat zalim kepada orang lain, hendaklah minta maaf sekarang kepada orang yang dizalimi sebelum tiba suatu hari tanpa ada dinar atau dirham untuk menebus kezalimannya (hari kiamat). Pada hari itu orang yang pernah berbuat zalim jika memiliki amal baik pahalanya diambil sebanyak kezalimannya untuk diberikan kepada orang yang pernah dizaliminya. Jika ia tidak memiliki amal kebajikan, maka dosa orang yang dizalimi diambil sebanyak kezaliman yang pernah dideritanya untuk dibebankan kepada orang yang berbuat zalim kepadanya."

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se...

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang...

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai ...