Orang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan.
Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 minda berikut:
- Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
- Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
- Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.
Minda penting orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.
---sumber:Motivasi Kejayaan (e.norakmal@gmail.com)
Comments