Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

ORANG-ORANG YANG BERAKAL SEMPURNA

Ramai dikalangan insan hari ini yang mula melupakan nilai berfikir. Kecanggihan teknologi membawa insan ke arah kemudahan yang menjadikan mereka alpa bahkan lupa akan peranan sebenar insan itu sendiri. Insan yang malas berfikir adalah insan yang sebenarnya telah hilang sebahagian dari kesempurnaan mereka. Insan itu terdiri dari fizikal, emosi, rohani dan intelek mereka.  Bagaimana mungkin seorang insan hanya hidup dengan sihat fizikal tetapi tidak sihat inteleknya.  Keupayaan berfikir adalah fitrah yang diberikan Allah s.w.t. kepada manusia sejak kita dilahirkan. Ini telah disahkan oleh pelbagai pakar khususnya dalam bidang neuro yang menjelaskan bagaimana otak kita berkembang pesat ketika umur masih diawal kanak-kanak.

Namun, semakin usia itu meningkat, insan itu semakin malas menggunakan akalnya untuk berfikir sehingga menghasilkan pelbagai gejala yang akhirnya merosakkan sistem kehidupan insan sesama insan serta insan sesama makhluk hidup yang lain. Kemahiran berfikir adalah kemahiran yang perlu dibentuk dan dilatih bukan hanya dibiarkan tanpa bimbingan dan tunjuk ajar. Situasi memarahi anak-anak pada perkara yang mereka tidak tahu atau faham bahayanya akan menyebabkan mereka takut untuk mencuba sesuatu yang diluar pengetahuan mereka. Anak-anak dihantar ke pelbagai peringkat institusi pendidikan tidak lain adalah untuk mereka belajar bagaimana untuk berfikir, melalui konflik, penyelesaian masalah bahkan melalui latihan dan komunikasi berkesan yang berlaku di alam persekolahan.

Tetapi, usaha ini akan berhadapan dengan kegagalan apabila yang diamanahkan tidak memahami realiti ini dan menjadikan institusi pendidikan hanya gelanggang untuk mengukur kepandaian menggunakan kayu ukur peperiksaan yang mana ia hanya pecahan kecil dalam mendidik insan berfikir. Sedarlah mengapa ayat yang pertama diturunkan adalah Iqra'. Gesaan agama ini adalah untuk melahirkan ummat yang berfikir dan menggunakan akal pada tahap yang paling baik. Jelas sekali, zaman ini dengan pelbagai teknologi yang dibangunkan kerana terbangun akal manusia ini, cuma sedikit malang apabila hanya sebilangan kecil yang berasal dari masyarakat Muslim. Muslim hari sudah tidak menyambut suruhan ini dengan kesungguhan dan menilai pengetahuan hanya dari sudut untuk berhujah dan menegakkan hukuman, bukan dari sudut amalan yang menyeluruh dalam kehidupan. Pemikiran Muslim hari ini akhirnya dilihat semakin menarik umat Islam ke belakang semakin jauh ditinggalkan oleh agama lain.

Kehidupan Muslim hari ini yang hanya diasaskan kepada hukum dan hujah, akhirnya mereka yang berhukum dan berhujah inilah juga yang mencabul perjanjian dengan Allah s.w.t.. Mereka sendiri memberikan petunjuk bahawa Islam itu agama yang boleh diubah-ubah berdasarkan faham puak atau berdasarkan faham kepentingan tertentu. Kebimbangan murka Allah s.w.t. semakin menipis sehingga mereka sanggup memutuskan hubungan silaturrahim dengan cara mewujudkan permusuhan, saling bersyak wasangka dan saling merendah-rendahkan. Inilah fitnah zaman yang besar, apabila penggunaan akal yang amat terbatas disebabkan perkembangannya disekat. Perbezaan pandangan tidak diraikan serta merasakan diri sendiri betul dan orang lain salah mula merajai jiwa insan yang bergelar Muslim. Telah Allah s.w.t. peringatkan dalam Al-Quran melalui surah Ar-Ra'd ayat 19 hingga 23 yang bermaksud;

"Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."

"Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu;"

"Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat)"

"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat"

"Iaitu syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu."

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang