Lama juga saya 'terdampar' di rumah dalam keadaan kesihatan yang agak merunsingkan dan menyekat kebebasan bergerak. Beberapa kelas perbincangan terpaksa saya batalkan untuk mengutamakan rehat. Allahu Akbar. Berat rasa kali ini. Hati ini tidak tenang dan tidak dapat fokus dalam banyak hal. Kena pula dalam situasi 'mode' pilihanraya ini. Bernanah telinga mendengar kutuk keji Muslim sesama Muslim hanya kerana mereka berlainan topi dan kepala keretapinya berbeza. Tujuan ketara serupa, untuk memegang kuasa dan saya percaya masing-masing berniat untuk menambah bakti untuk rakyat Malaysia.
Nah, orang kata, itulah asam garam dalam perjuangan dunia politik, dicemuh, dicaci itu sudah jadi mainannya. Entahlah, Rasulullah dulu adanjuga dukacitanya, tetapi bukan kerana pangkat dan kedudukannya, bahkan untuk ummatnya. Baginda dulu, disanjung dan diagungkan ummat kerana akhlak dan kerendahan dirinya.
Bukan dia yang mencari kedudukan, tetapi masyarakat pada ketika itu yang memberikan Baginda gelaran Al-Amin. Semua orang pasti tidak sabar dan teruja jika diberi peluang bertemu dengan Baginda. Sifatnya luhur, amanah, lemah lembut, terbuka, berbaik sangka pada setiap kejadian Allah s.w.t. Allah, mampukah kita menghampiri kekasih Allah itu?
Biarlah setiap pemimpin, khususnya pemimpin politik Muslim yang bakal memenangi kerusi DUN dan Parlimen PRU13 ini mempunyai keinginan dan keazaman untuk menyerupai Baginda. Memimpin kerana amanah bukan kerana kuasa, memimpin agar lebih dekat kepada Allah bukan untuk nama dikenang atau disebut-sebut oleh manusia. Betulkan niat pada setiap tugasan.
Tiada khabar yang lebih gembira jika Baginda dikatakan datang semula ke dunia ini dengan izin Allah. Tetapi mana mungkin, kerana Baginda juga sedang berdebar-debar menanti wajah-wajah yang akan bersamanya nanti. Firman Allah s.w.t;
'Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka.' (Al-Baqarah2:119)
Saya doakan, semoga kehadiran pemimpin selepas PRU13, adalah penerus pembawa berita gembira dan pembawa amaran itu. Apalah mungkin yang Allah sediakan buat kita, kena optimis dan yakini bahawa perancangan Allah jauh lebih baik dari perancangan manusia.

Comments