Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

ORANG-ORANG YANG MENDAPAT KEJAYAAN

Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Baqarah ayat 5 yang bermaksud;
"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya." (Al-Baqarah 2:5)

Siapakah orang-orang yang berjaya ini? Karekter mereka telah dijelaskan pada permulaan pembukaan ayat ini dengan dahului 3 huruf istimewa yang menjadi rahsia Yang Maha Mencipta.

Makna kejayaan amat luas dan ia tidak terhad dalam keduniaan yang fana ini. Apabila janji yang datangnya dari Allah s.w.t. maka tidak perlu ada sebarang keraguan bahkan pasti berjaya baik di dunia mahupun akhirat dan asas orang-orang yang berjaya ini adalah melalui keyakinan mereka kepada Al-Kitab yakni Al-Quran Al-Karim itu sendiri. Lihat saja generasi yang terbangun pada ketika awal dakwah Baginda, pegangan mereka amat kukuh terhadap apa yang diwahyukan Allah s.w.t. kepada mereka melalui lidah Rasul Nya.

Melalui kalam Allah itu menjadikan mereka bertakwa. Ini terbukti dengan terusiknya hati Umar Al-Khattab terdengar bacaan adiknya sehingga menjadikan dia Muslim bahkan Khalifah yang kedua selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Ketakwaan mereka sangat utuh dan ciri ketakwaan ini disenaraikan di dalam ayat 3 dan 4 yang secara tidak langsung menjelaskan karekter manusia yang berjaya sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Pertamanya adalah beriman kepada perkara-perkara yang ghaib. Perkara ghaib adalah perkara yang tidak dapat ditafsir dengan mata alam atau kehidupan fana ini seperti dosa dan pahala, syurga dan neraka. Meyakininya menjadikan manusia itu hampir kepada tingkat ihsan yang mana Allah s.w.t. sentiasa melihat tindak tanduk kita. Tuntutan kedua adalah mendirikan solat. Perintah wajib bagi Muslim adalah 5 kali sehari semalam yang menurut Imam Ghazali, meninggalkan solat merupakan perkara yang paling ringan. Jelas, keindahan dan tersergamnya sebuah villa mewah terletak kepada kukuhnya binaan tiangnya. Apabila sudah roboh atau bergoyang, pasti harganya semakin murah.

Ketiganya ialah dengan sentiasa membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Allah berikan kerana padanya ada hak untuk orang lain. Kebaikannya bukan hanya untuk kita bahkan, memberikan kemudahan, meringankan beban orang lain, membantu yang susah akan menjadi keamanan yang berpanjangan. Orang-orang yang berjaya ini tidak sudah tentunya orang-orang yang meyakini apa yang telah disuratkan melalui Al-Quran dan melalui petunjuk-petunjuk dari kitab-kitab yang terdahulu.

Secara kesimpulannya, jelas ayat ini menunjukkan bahawa keimanan menjadi tunjang utama yakni hablum min Allah melalui keyakinan serta syariat yang wajib dipenuhi melalui perintah Nya. Berturutan dengan itu, adalah wajar untuk kita kongsikan kebaikan itu dengan masyarakat yakni hablum min annas yang menyempurnakan peranan dan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah s.w.t. serta khalifah di atas muka bumi ini. Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang