Saya berusaha mendapatkan kekuatan demi untuk terus menghidupkan agama dalam diri sendiri. Hari ini, kehidupan kita di dunia semakin hebat ujian dan semakin hebat cabarannya untuk meneruskan niat kita berada di dalam syurga Allah s.w.t.. saya sendiri tidak terlepas dari dugaan dan bencana dunia ini yang jika kita tidak memerhati dengan betul, dengan mata hati, maka amat mudah kita terpedaya dengan bisikan syaitan.
Musuh yang ketara dari dahulu hingga ke hari kiamat. Bahkan mereka itu tidak akan membiarkan manusia untuk terus berada dalam cahaya Allah s.w.t.. Musuh ini perlu dijauhkan dan dibentengi dengan keimanan serta bantuan hidayah dari Allah s.w.t.. Sebab itu wahai saudara-saudaraku, sentiasalah bermohon hidayah dari Allah dan janganlah melakukan sesuatu perkara yang menjauhkan kita dengan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Firman Allah s.w.t. di dalam kitab Nya yang bermaksud;
"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmat Nya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?" (Al-Munafiquun 63: 4)
Tersentuh hati saya apabila membaca ayat ini. Betapa Allah s.w.t. telah memberikan gambaran jelas tentang musuh-musuh yang nampak atau yang tidak dapat dilihat. Pesona manusia yang dicantikkan oleh syaitan melalui mata, rasa hati dan fikiran kita telah membutakan kita kepada perkara yang sebenar. Berhati-hatilah pada lidah kita yang mungkin ia hanya sebutan dongeng kerana inginkan pesona manusia lain. Kerisauan kepada masalah umat dan persekitaran adalah kesedaran penting tetapi ia tidak bermakna jika tidak punya kesedaran di dalam diri sendiri.
Tentunya kita teringat bahawa peperangan sebenar kita pada dunia hari ini adalah berkenaan dengan hawa dan nafsu yang sering membutakan mata hati kita. Sedap di dengar mungkin bukan yang utama tetapi perubahan yang perlu dilakukan yang patut diutamakan. Inilah perjuangan kita, buat dari terus bercakap, buat dari terus berfikir tanpa tindakan. Hati-hati dengan lidahmu wahai saudaraku, hebatnya tidak bermakna kita yang terbaik!

Comments