Alhamdulillah, minggu ini nampaknya saya banyak disibukkan dengan kerja-kerja persiapan, kertas kerja, bahan ceramah, bahan mengajar, melatih, membimbing dan melakukan banyak kerja-kerja jamaah. Letih macam biasa, tetapi semangatnya agak berbeza. Saya tertanya-tanya juga. Mudah-mudahan dapat istiqamah selagi ada daya dan upaya.
Beberapa hari lepas (Selasa, 14 Februari), saya mengajar di Sungai Sembilang. Kelas pertama, ibu-ibu di sana minta saya mengajar apa-apa ilmu berkenaan ibadah. Lebih kurang 20 orang pelajarnya, tetapi pelajar dewasa. Susah juga bila orang dah mula percaya pada kita, maka kita perlu menambah baik setiap kekurangan yang kita ada, bukan untuk menerima pujian, tetapi memenuhi amanah yang diberikan mereka.
Tapi kelas hari tu, mereka buat marhaban akikah salah seorang pelajar kelas tu, saya dijemput untuk memberikan sedikit tazkirah bersempena Maulidur Rasul. Alhamdulillah semua lancar, moga-moga misi untuk menjadikan Rasulullah sebagai ikon peribadi itu berjaya dihampiri. Cuma, banyak yang perlu diperbaiki.
Semalam (Khamis, 16 Februari), IQ Class Management dijemput semula bertemu adik-adik UNISEL yang telah kami bimbing dalam KEMAF. Alhamdulillah, kelompok pertama berjaya memulakan projek tugasan mereka di SK Parit Serong. Saya pergi melihat, meninjau dan membantu mana yang patut. Peringkat awal ini, mereka hanya perlu diberikan lebih banyak pendedahan dan membina keyakinan diri. Namun hari Sabtu, saya tak dapat nak tengok mereka.
Minggu ini Allah s.w.t. berikan ruang kepada saya untuk selesaikan satu persatu tugas. Itu pun masih ada berbaki dan belum selesai. Hari ini dah Jumaat. Masa semakin pantas dan ini menjadikan masa kita semakin suntuk. Semoga usaha yang saya lakukan sepanjang minggu ini diterima Allah sebagai amalan baik dan saya hadiahkan pahalanya jika kepada ibu bapa ahli keluarga saya seluruhnya.

Comments