Alhamdulillah, satu lagi misi perjalanan dakwah kami berjalan lancar di SMK Seri Tasek. Kami tiba di sekolah pada jam 7.30 pagi dengan pelbagai kelengkapan dan persiapan rapi bagi memastikan apa yang disampaikan menepati permintaan dan keperluan.
Semuanya berjalan lancar, dan respon dari guru-guru yang terlibat juga baik. Banyak perkara yang dapat kami pelajari dan apa yang penting, manfaat ilmu ini terus dicurahkan kepada anak bangsa kita melayu dan Islam agar mereka menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Selepas menyelesaikan sesi ini pelbagai kesimpulan yang kami dapat dan diharapkan agar menjadi peringatan kepada kami untuk tidak menjadikan kerja dakwah sebagai fasilitator ini sebagai kerja kebiasaan atau remeh atau sampingan. Ia sebahagian dari usaha dakwah yang terbaik dan perlu diteruskan dan dikembangkan. Antara perkara yang menjadi keutamaan perbincangan dan untuk diperbaiki ialah;
- Kelewatan masa yang mungkin tidak disengajakan. Tetapi ia pasti dapat diatasi. Tetapi dalam apa jua keadaan, ia perlu diperbaiki dan sentiasa diingatkan oleh semua.
- Peranan fasilitator yang perlu bersedia untuk eksplorasi kemampuan dan keupayaan adik-adik di dalam kumpulan. Kebiasaannya, fasilitator diberikan maklumat awal dan ini mengurangkan kemampuan mereka untuk melakukan eksplorasi.
- Melakukan persediaan rapi sebelum program terutama dari sudut persembahan fasilitator dan persembahan isi dalam modul.
Semoga kita berusaha untuk memperbaikinya. TUNE-lah diri kita.
Comments