MENETAPKAN MATLAMAT

Setiap manusia ini tidak akan lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Perjuangan hidup manusia perlukan pembaikan, pemulihan, dan pemuliharaan. Kehidupan kita adalah perjuangan kita. Perjuangan untuk membawa diri ke matlamat yang amat hakiki iaitu syurga yang amat diharapkan dan dicita-citakan.


Apabila lahir sahaja insan ke dunia, perjanjian dengan Allah telah termetrai apabila ditiupkan roh ke dalam janin itu. Perjanjian inilah adalah perkara yang perlu kita berikan perhatian. Adakah kita berjaya mengotakan janji kita atau sekadar hidup mengharap dan berusaha mendapat kesenangan dunia?


Di dalam buku karangan ustaz Mustafa Masyhur yang bertajuk 'Jalan Dakwah antara asli dan penyelewangan' membincangkan secara khusus tentang matlamat kita yang asli dan penyelewangannya. Sebagaimana yang telah dibincangkan di dalam blog kamarulazami.blogspot.com, Perjuangan dan jalan dakwah ini merupakan sebuah kesinambungan perjuangan yang tiada tolok bandingnya, kerana jika kita tidak berjuang dalam gerabak kecil (jemaah kecil kita seperti ABIM, PEPIAS dan etc), tetapi kita masih lagi memikul tanggungjawab sebagai Hamba kepada Allah, Khalifah serta pendakwah untuk sebuah gerakan Islam yang dimulai oleh Rasulullah s.a.w.


Pernah suatu hari saya ditanya oleh murabbi perniagaan saya Dr. Din. "Apakah matlamat perniagaan kau ni?". Saya katalah untuk menambahkan keuntungan dan sebagainya.


Kemudian dia bertanya, "Kau Islam kan?". "Ya", jawab saya.


"Sepatutnya kau kena letakkan (gantung atau paparkan) matlamat kau dalam perniagaan agar dilihat dengan jelas. Macamana ko Islam begitulah yag sepatutnya." Apa matlamat kau sebagai seorang Islam," tanya Dr. Din.


"Hendak mendapat keredhaanlah", jawab saya yakin.


"Apa mission statement kau sebagai Islam," tanya Dr. Din. Saya tergamam sebentar.


"Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah", kata Dr. Din. Saya terus tergamam.


Sebagaimana misi ini dilaungkan ditelinga kita ketika kita lahir, maka, begitulah pegangan hidup kita sepatutnya. Bayangkan sekiranya pegangan ini tertanam di dalam hati, akan berlakukah penyelewengan dan kemungkaran di dunia ini? Pastinya mustahil. Tetapi, tiada yang mustahil bagi Allah, maka diiringkan kita ke dunia dengan SYAITAN yang menghasut.


Ustaz Mustafa Masyhur berkata, diantara penyelewangan yang berlaku di dalam kerja-kerja dakwah dan kepada pendakwah sendiri ialah penyelewengan dari segi matlamat. Apa yang disebutkan olehnya di dalam buku ini, penyelewangan sasaran ini boleh berlaku apabila:


1. Hilang keikhlasan bekerja untuk Allah.
Tanamkan dalam jiwa kita apa sahaja yang dilakukan, hasil dari kerja yang dilakukan, penat lelah perjuangan kita semuanya mesti bertunjangkan Allah s.w.t. Bukan kepada sesiapa atau sebarang makhluk pun. Adakah kita seikhlas itu atau kadangkala datang perasaan mulia diri, ujub, takabur dan busuk hati*? TUNE diri kita.


2. Tidak menunaikan janji.
Janji pertama yang kita akan mungkiri adalah janji ruh kepada Allah s.w.t. Bahkan janji kita sebagai pendakwah yang wajib kita turuti yang utama adalah hak manusia untuk nenerima dakwah kita.


3. Lega kerana lulus ujian.
Adakah kita berasa yang kita telah beriman sedangkan kita belum diuji lagi kata Allah?


4. Mendabik dada kerana berjaya.
Kejayaan kita, nilaiannya hanya disisi Allah. Pujian manusia? Pepatah Cina ada menyatakan, orang yang memuji kita adalah musuh yang paling hampir dengan kita.


TUNElah diri kita. Assalamualaikum...


*catatan penulis di http://iqclassmanagement.blogspot.com

4 comments:

JEF HAZIMIN said...

1.wah makin 'berisi' post blog ni, contentnya pun makin bagus lebih2 lagi utk da'i.aad juga point yg saya dpt belajar...
2.abg sekrg agak padat, tak dpt focus update blog, insya-allah adalah masa yg sesuai nanti.
3.amacam haritu punya program?share la pro & cons..takpe kita dua je hehe.comment ni tak payah publish, hanya komunikasi kita pun cukup, sebab teks murah&jimat, kalau bincang dlm handphone boleh tahan juga costnya.apa cerita haritu please share and analyse with me..tq bro.

Ciptaan Terhebat said...

Alhamdulillah, cuba untuk menambah lebih banyak pembacaan dan penulisan, saya email nanti bro

Mohammad Yassir Hamidun (MYH) said...

Salam ziarah abg kam,

Matlamat yang jelas berpunca dari ilmu dan kefahaman yang jitu mengenai sesuatu perkara.

Ilmu yang hanya hafal dibibir, namun tidak difahami di hati menyebabkan adakalanya kita tidak nampak wawasan indah Islam dalam kehidupan.

Belajar dan terus belajar untuk memahami misi sebenar kehidupan di dunia.

Semoga dengan berkat ilmu 'kerana Allah' itu kita mampu menjadi insan yang bertanggungjawab.

TANGGUNG amanah dan misi kehidupan dunia, maka JAWAB kita di akhirat sana.

Sekadar perkongsian bersama.

www.cikgumyh.blogspot.com

Ciptaan Terhebat said...

Terima kasih cikgu... harap cikgu akan sentiasa mengingatkan saya...

Kealpaan semakin membelenggu... ujian datang bagai ungkapan yang sering kita dengar... Berimankah kamu selagi belum diuji?

Tahniah...