Awal Muharam

Datang lagi tahun baru kita. Sehingga hari ini pelbagai cita-cita dibentuk dan dicipta hanya untuk memenuhi kehendak dan kemahuan kita. Ingatlah pesan nabi Muhammad s.a.w

"Muslim yang terbaik ialah Muslim yang memberikan manfaat kepada orang lain"

Apa yang telah kita berikan? sabda nabi lagi;

"Apabila mati anak Adam akan terputuslah semua hal dunianya kecuali 3 iaitu:
1. Doa anak yang soleh;
2. Sedekah amal jariah; dan
3. Ilmu yang bermanfaat.

Anak yang soleh ialah anak yang mampu dan sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapanya. Maka mereka ini juga pastilah merupakan anak yang terbaik bukan untuk ibu bapanya sahaja bahkan untuk sesiapa yang mengenali mereka. Anak soleh bukan sahaja berjaya kehidupan di dunia bahkan akhirat. Anak yang soleh ialah anak yang sentiasa cemerlang dalam khidupan mereka dan mereka bukan berada dalam kerugian.

Sedekah ini ialah amalan yang dituntut. Sedekah yang terbaik adalah dengan memberikan apa yang terbaik yang ada pada kita kepada orang lain. Maka ia adalah yang paling baik. Adakah kita telah memberikan masa yang terbaik kita untuk agama, masyarakat atau mungkin keluarga kita sendiri? Fikir-fikirkanlah.

Mereka yang akan lama disoal Allah ialah mereka yang;
1. Tinggi pangkatnya,
2. Banyak ilmunya,
3. Luas pengetahuannya serta,
4. Panjang umurnya.

Adakah ilmu kita telah memberi manfaat kepada orang lain. TUNE-lah diri kita bersama.

Semarakkan semangat dengan datangnya Awal Muharram ini. Bakarkan semangat dengan contoh kesetiaan dan kebenaran Abu Bakar, semarakkan semangat dengan ketegasan dan keluhuran hati Umar Al-Khattab, semarakkan semangat dengan kelembutan dan kesabaran Uthman bin Affan, dan semarakkan semangat dengan ketinggian ilmu dan pekerti Ali Karamallahu Wajhah

2 comments:

JEF HAZIMIN said...

part yg 'paling lama kena soal' tu yg paling lama kena fikir & termenung panjang tu hehe

Ciptaan Terhebat said...

Terima kasih abg jef, jadi kit akena beringat, itu pun bukan bermakna kita tak payah buat apa-apa kan? Tuntutan untuk jadi kaya, berilmu dan berkedudukan tetap ada, cuma bagaimana kita mengambil hikmahnya...