Cabaran dan Peringatan

24 Sptember 2008

Datang lagi hari Rabu untuk kesekian kalinya. Pada malam ini PEPIAS akan berusrah untuk kali terakhir bulan Ramadhan. Kemanakah Ramadhan aku kali ini? Adakah akan terus bersemarak semangatnya selepas Ramadhan atau di malam sepeuluh terakhir ini pun masih lalai dan malas?

Kelmarin, aku mendapat berita kematian ayah kepada Zainuddin... Masya-Allah... Moga Allah menempatkan roh ayahnya bersama-sama orang yang beriman. Kematian demi kematian mendatang dan kelahiran demi kelahiran disambut, manusia masih leka dengan dunianya. Aku? Aku pun serupa dengan mereka, leka dengan keselesaan dan kesejahteraan dunia. Lalai dan masih merasakan masa masih panjang untuk kita. Itu kesilapan besar.

Setiap hari masa amat mencemburui kita, tak kira sama ada kita di angkasa mahupun di bawah tanah. Masa akan terus memburu kita. Bila kita mati? Tak tahu... Allah telah tentukannya untuk kita dan meminta kita untuk bersedia... Adakah kita bersedia? Persoalannya... Mampukah kita pergi menghadap yang Esa sekarang?

Ya Allah, tiada upaya untuk aku, aku tidak takutkan mati tetapi ketakutan ku berpunca dari takutnya dihisab dengan amalan yang sedikit di dunia ini. Hari ini, orang berlumba-lumba mengejar kesenangan di dunia. Semalam aku baca akhbar, cerita tentang Najib. Hebat dan bergaya sebagai Menteri Kewangan yang baru. Tetapi aku berfikir, apakah yang dicari oleh seorang pemimpin sepertinya? Apakah yang aku cari sebagai seorang pemimpin dalam IQ Class Management dan PEPIAS? Jawapannya ialah keredhaan Allah... Susah ke? Sangat susah jika dibandingkan dengan masa kita yang diluangkan untuk NYA...

Manusia mencari kekayaan, katanya untuk lebih mudah menderma dan berbuat amal, tetapi semakin kaya manusia, kini pasti akan ada orang yang semakin miskin... Ia adalah teori ekonomi yang mudah, semakin tinggi permintaan barang A, penggantinya, barang B akan semakin merosot permintaannya. Samalah kan?

Kerana itu, aku berhasrat, aku akan bekerja keras untuk IQ Class Management, bukan untuk mendapat kekayaan, bukan untuk nama dan pangkat, tetapi untuk kebajikan dunia dan akhirat. Biar tak kaya, asal sejahtera, biar tak glamor asal diterima Allah semua amal kita...

1 comment:

Anuar Manshor said...

Abang Kam, semoga istiqomah dalam perjuangan dakwah.