Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

FASILITATOR SANA SINI

Fasilitator Sana Sini
Begitu ramai hari ini, mereka yang menggelarkan diri mereka fasilitator. Tidak kira mereka itu mahasiswa, penjawat awam mahupun profesional, fasilitator seolah-olah begitu murni dan gelaran enak buat mereka yang terlibat dalam aktiviti latihan atau bimbingan yang memberikan motivasi, menjadi tenaga pengajar dan sebahagiannya juga sebagai penceramah di dalam dewan yang besar di hadapan ratusan pendengar dari pelbagai latar belakang. Ternyata, fasilitator hari ini, lebih dikenali berbanding ada awal tahun 90an dahulu. Sudah tentu ia satu usaha yang dimulakan oleh kelompok pembimbing dan motivator awal yang pastinya mereka perlu diberikan hak untuk dikenang dan dihormati.

Siapa Sebenarnya Fasilitator?
Fasilitator adalah berasal dari perkataan inggeris, 'facilitator'. ArKata dasarnya adalah 'facilitate' dan menjadikan pelakunya sebagai 'facilitator'. Jadi, dalam bahasa mudah terjemahan ke Bahasa Melayu adalah memudahkan, atau melakukan beberapa tindakan untuk membantu tindakan yang lain. Maka, ia adalah pelakuan dan perilakunya adalah fasilitator, iaitu seseorang yang memudahkan sesuatu tindakan atau perbuatan dengan sokongan tindakan atau perbuatan yang lain. Terjemahan perkataan ini amat penting bagi kita benar-benar dapat memahami peranan dan fungsi sebenar seorang fasilitator. Fasilitator bukanlah suatu kemegahan, tetapi ia adalah suatu amanah dan peluang menambahkan kebaikan. Ia adalah ruang untuk memanfaatkan diri bagi memberikan kebaikan kepada orang lain. Ini amat bersesuaian dengan sabda Baginda Rasulullah s.a.w, Muslim yang paling baik adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Bagaimana Fasilitator Ini Memudahkan?
Maka, timbullah persoalan bagaimana kita boleh memudahkan? Siapa yang kita ingin mudahkan? Kenapa kita perlu memudahkan? Semua kita maklum akan karma dalam kehidupan. Baik dibalas baik dan buruk dibalas buruk. Kita memudahkan maka kita akan dipermudahkan. Mudah bukan? Namun, siapa yang ingin kita mudahkan? Inilah yang menjadi perbezaan pandangan dan peranan kepada apa makna fasilitator itu sendiri. Adakah fasilitator memudahkan penceramah? Adakah fasilitator memudahkan tugasan dalam sesuatu program, kursus atau latihan? Adakah fasilitator memudahkan apa yang ingin disampaikan atau adakah fasilitator memudahkan urusan sasaran peserta di dalam sesebuah kursus atau kakitangan di tempat kerja? Definisi ini dikembalikan kepada barisan fasilitator mengikut persepsi mereka masing-masing.

Objektif Sebenar Fasilitator
Objektif utama fasilitator adalah untuk memudahkan dan yang paling utama untuk dimudahkan adalah diri sendiri. Mana mungkin, seseorang boleh memudahkan orang lain sekiranya mereka sendiri berada dalam keadaan rumit dan tersepit. Oleh kerana itulah, fasilitator bukan sekadar memudahkan, malahan lebih besar lagi meningkatkan keyakinan diri orang yang dimudahkan. Maka di sini, timbullah ungkapan-ungkapan seperti kepimpinan melalui teladan, 'walk the talk', hipokrit dan pelbagai lagi. Pasti anda memahami apa yang dimaksudkan melalui ungkapan-ungkapan di atas bukan? Boleh anda kaitkan ia dengan objektif utama fasilitator itu iaitu fasilitator itu sendiri? Manusia tidak lari dari membuat kesalahan, namun tugas utama kita adalah untuk meminimakan kesalahan dan memaksimakan kebaikan dalam diri kita. Ini terungkap dalam suruhan Baginda Rasulullah s.a.w hari ini mesti lebih baik dari semalam.

Objektif Yang Sering Dilupakan Sebagai Fasilitator
Jika fasilitator sudah bersedia untuk membantu diri menjadi lebih baik, secara tidak langsung, mereka akan menjadi inspirasi kepada orang yang melihat mereka khususnya mereka yang terlibat di dalam kursus atau latihan bersama fasilitator tersebut. Inspirasi inilah yang akan membuka kunci dalam jika peserta untuk menjadi orang yang lebih baik dan keyakinan itu mereka peroleh dari fasilitator yang mereka kenali. Malangnya, melalui beberapa pengamatan, pemerhatian dan pengalaman yang pernah dilalui, fasilitator tidak melihat peserta atau manusia yang bersama mereka ini sebagai objektif terpenting dalam sesuatu tugasan yang mereka terima. Mereka tersasar, yang mereka utamakan ialah apa yang mesti mereka sampaikan, bukan apa yang mereka sepatutnya tahu dan dengar. Akhirnya, fasilitator tidak memudahkan, bahkan menambah kesusahan ditambah lagi dengan keadaan diri fasilitator itu yang kepimpinannya tidak boleh diteladani, cakapnya tak serupa bikin dan sudah tentu dia di cap hipokrit.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang