Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

KENANGLAH NIKMAT ALLAH

Cemburu dengan kelebihan orang lain tanda hati kita berpenyakit. Namun ia tidak akan berdosa selagi tidak terungkap dengan kata-kata atau bertindak dengan tangan dan kaki kita terhadap orang yang dicemburui itu. Cepat-cepatlah kita beristighfar memohon ampun atas keterlanjuran itu. Seringkali kita berasa serba kekurangan apabila perbandingan kita dengan orang yang lebih baik dari kita tetapi dalam kita tidak sedar, kita sedang melebihi orang yang keadaannya lebih buruk berbanding kita. Adakah itu tandanya Allah membesa-bezakan darjat kita? Adakah itu tanda sayang Allah s.w.t. kepada mereka tetapi bukan kita?

Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Maidah ayat 11 hingga 13 yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri."

"Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintah Nya dan menjauhi larangan Nya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalan Nya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul"

"Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam Kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya. dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya."

Maka, kenangkanlah serta ambillah pengajaran besar dari umat yang terdahulu. Apabila mereka sering merasakan tidak cukup dengan apa yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. kepada mereka bahkan mereka mengharapkan lebih lagi dari itu. Sesungguhnya manusia tidak akan pernah berasa cukup dengan apa yang dimilikinya. Kisah Bani Israil adalah sejarah yang diceritakan bagi memberikan pelajaran dan adalah tidak mustahil ada dikalangan kita umat hari ini juga telah menerima nasib yang sama dengan mereka. Tambahan apabila Allah s.w.t. telah peringatkan kita melalui firman Nya yang ramai dikalangan kita mungkin lupa untuk membaca dan menelaahnya. Al-Quran bukan alat yang dengan mudah kita boleh menuding jari kepada kesalahan orang lain tetapi sebaliknya ia adalah alat untuk memperbetulkan tindakan kita, muhasabah dan memperelokkan akhlak kita sendiri. Ia wahyu yang diturunkan melalui baginda Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam kepada umatnya sejak zaman baginda sehingga ke hari ini.

Cemburu apa lagi kita kepada nikmat yang dimiliki orang lain sedangkan telah sempurna nikmat yang diberikan Nya kepada kita. Ketidakcukupan itu adalah nafsu dan kemegahan itu adalah syaitan. Berhati-hatilah dan sentiasalah ingatkan diri kita agar bersyukur dengan apa yang ada. Berusaha dengan kadaran yang kita ada terima dengan apa yang Dia telah tentukan untuk kita. Semoga menjadi muhasabah diri kita pada setiap nikmat yang tidak kita susuli dengan Alhamdulillah serta pada setiap peringatan yang tidak kita ingati dengan Astaghfirullah.


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang