Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

PENYAKIT DALAM HATI

Sukar hari ini untuk mengenali manusia baik dan boleh dipercayai. Mengapa agaknya ini terjadi? Manusia yang sering kita dengar terdiri daripada 4 unsur asas iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek. Meneliti hidup kita pada zaman ini, keseimbangan pembentukan 4 unsur pada manusia ini seolah-olah tidak selari yang menatijahkan ketidakseimbangan bukan sahaja pada diri individu manusia itu, bahkan secara tidak langsung bersangkutan dengan masyarakat yang hampir dengan mereka.

Pembinaan diri manusia ini harus bergerak seiring bukan berasingan kepada jasmani sahaja atau emosi sahaja atau rohani sahaja mahupun intelek sahaja. Ia harus dibina secara menyeluruh dan ia mungkin tidak datang dalam sesebuah institusi tertentu, sebaliknya adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk membinanya secara sekata dan bersama.

Usaha ini diharapakan dapat membina masyarakat yang lebih sihat. Ia perlu dimulakan oleh mereka yang punya kesedaran tinggi untuk membina masyarakat yang lebih bahagia, aman dan harmoni. Apa yang berlaku hari ini, atas ketidakseimbangan itu, maka kehiduoan manusia seolah-olah hilang punca dan hala tuju. Maka, timbullah pelbagai penyakit kronik masyarakat  hari ini yang tidak tahu mana punca dan bagaimana untuk diubatinya. Pilihan yang ada, individu masyarakat perlu meninjau jauh ke hadapan, membayangkan generasi yang akan hidup selepas ketiadaan kita nanti. Perubahan itu perlu datang dari individu dalam masyarakat dan semoga ia akan mampu merubah masyarakat.

'Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).' (Al-Baqarah 2:10)

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang