Firman Allah s.w.t. di dalam surah Thaha ayat 131 bermaksud;
"Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."
Pada suatu ketika Baginda Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh seorang tetamu. Baginda tidak punya makanan untuk dihidangkan. Maka, Baginda Rasulullah s.a.w. meminta bantuan Abi Rafi' untuk meminjam sedikit terigu (biji-bijian seperti gandum) dari seorang Yahudi dan baginda berjanji untuk membayarnya pada awal bulan Rejab. Berkatalah Yahudi tersebut,
"Aku tidak akan memberinya kecuali dengan adanya jaminan."
Pulanglah Abu rafi' menceritakan perkara tersebut kepada Baginda Rasulullah s.a.w.. Mendengar ceritanya, Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang bermaksud'
"Demi Allah! Aku ini dikenali sebagai orang yang jujur."
Maka turunlah ayat di atas tadi pada ketika Abu Rafi' bersama dengan Baginda. Ayat ini dengan jelas sebagai larangan kepada Rasulullah s.a.w. dari mengharapkan sesuatu dari golongan yang bukan Islam.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Marduwaih, Al-Bazzar dan Abu Ya'la dari Abi Rafi')
Ar-Rasul merupakan contoh utama kita sebagai umat Islam akhir zaman. Maka ayat ini adalah peringatan kepada kita hari ini, Ar-Rasul yang digelar Al-Amin ini telah lama meninggalkan kita. Sudah tidak wujud manusia yang dapat menandingi kejujuran Rasulullah s.a.w.. Namun, telah wujud buruk sangka kaum Yahudi terhadap kejujuran Rasulullah s.a.w.. Secara nyatanya, bukanlah kejujuran Ar-Rasul itu yang dipertikaikan, tetapi ia jelas menunjukkan betapa mereka sengaja mewujudkan suasana yang menimbulkan perselisihan dan merosakkan hubungan dek kerana kedengkian dan kebusukan hati mereka terhadap Muslim. Ingatlah, mereka bukanlah tempat untuk kita meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya.
Comments