Mohon, teman-temna, cuba tengok klip video di bawah ini:
http://www.youtube.com/watch?v=ZPgU5NI7HBc&feature=related
Saya ke DARWA semalam. Bersama penghuni membincangkan tentang Keperibadian Muslim. Di dalam hati ini penuh dengan perasaan bercampur memikirkan suasana kita Muslim hari ini. Apabila saya sebutkan kepada mereka, bahawa Islam itu sejahtera dan menyejahterakan, adakah kita Muslim ini merasainya atau sebaliknya?
Kemanisan dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. adalah fitrah bagi diri manusia. Maka, jika tidak kita rasai maka, kita sakit 'hati'. Itulah yang saya diingatkan oleh teman ketika bertandang ke SK Sungai Pusu tempoh hari.
Sahabat-sahabat sekalian.
Allah s.w.t. ini Maha Mengetahui, dalam perasaan yang sibuk memikirkan apa lagi yang harus saya lakukan untuk mengekalkan diri di dalam melakukan kerja dakwah ini, saya dipertemukan dengan wajah bersih Ustaz Umar Tabi'i yang pernah saya ikuti kelasnya di matrik dulu. Allahu Akbar, wajahnya memberikan perasaan aman dan bertambah semangat. Sempat saya mendengar nasihat beliau. Katanya, tarbiyah mesti jadi tunjang dalam gerakan Islam. Kepentingan lain diletakkan sebagai sampingan.
Pun begitu, beliau berjalan kaki sahaja ke masjid sama seperti saya pada awal mengenalinya. Menitis airmata saya semasa menunaikan solat Isyak mengenangkan peluang yang Allah s.w.t., yang Maha Mengetahui telah berikan kepada saya sebagai petanda, bukan sekarang untuk kita mengeluh panjang, tetapi sekaranglah peluang untuk kita buka jalan untuk ke syurga. Jika Islam sudah tertegak, maka peluang kita mungkin tidak sebesar ini.
Pada umur beliau, dalam firasat saya, pasti pelbagai yang telah ditempuhinya, pahit getir berdakwah dan senyuman beliau saya tak dapat lupa, terasa aman dan tenang serta penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan. Mungkin itulah buaian Allah s.w.t. buat hamba Nya yang sering mengingati Nya, mudah-mudahan Allah anugerahkan istiqamah buat saya untuk terus bergerak tidak kira dengan apa situasi sekali pun.
Video di atas, saya terjumpa, dan itulah sepatutnya perasaan yang kita rasai apabila melihat umat kita hari ini. Tidakkan kita kasihan kepada mereka? Tidakkah kita kasihan kepada nasib generasi kita akan datang? Tidakkah kita kasihan apa yang akan mereka tanggung ketika menghadap Allah s.w.t. nanti? Moga kita dipermudahkan segala urusan dan dihadiahkan dengan kesabaran.

Comments