Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

MEHNAH DI ATAS JALAN DAKWAH


Hari ini kita mungkin berhedapan dengan pelbagai mehnah atau tribulasi yakni kesusahan yang pelbagai. Ia bukan sahaja datang dari dalam diri kita, bahkan persekitaran kita yang sentiasa menjadi penghalang pergerakan serta membantut keupayaan dakwah kita. Mehnah atau ribulasi ini bukan berbentuk rintangan sebagaimana yang kita perbincangkan. Sekiranya kita meneliti perbincangan dari permulaan buka Tariqud Dakwah, ia telah bergerak dari faktor penyelewengan yakni apa yang ada di dalam diri kita serta persediaan diri pendakwah secara individu, kemudian masuk kepada perbincangan soal rintangan yang meliputi hal kekeluargaan, kepentingan diri serta kehidupan pendakwah itu sendiri.

Bab perbincangan kita kini telah sampai ke satu fasa lagi yakni mehnah dan tribulasi yang sering ditimbulkan oleh mereka-mereka yang tidak mahu melihat kebangkitan jiwa Islami di dalam setiap diri manusia. Apatah lagi apabila ada kekentalan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh kelompok dakwah itu tadi. Kita hari ini mungkin juga merasai mehnah ini atau mungkin belum. Namun, apa yang perlu difikirkan sekiranya tiba masanya nanti, adakah apa yang kita lalui itu setimpal dengan apa yang telah dikorbankan oleh para rasul khususnya Ar-Rasul s.a.w. serto golongan-golongan salafussoleh sebelum kita?

Pelbagai persoalan akan bermain dibenak fikir dan sanubari kita. Kenapa bila kita buat kerja dakwah ini ada orang yang dengki dan membenci? Adakah apa yang kita lakukan ini salah dan tidak bertepatan dengan ajaran yang Allah s.w.t. anjurkan? Adakah kesusahan ini adalah disebabkan oleh dosa dan kesalahan kita yang lalu? Semuaini harus kita perbincangkan agar ia jelas dan dapat melapangkan dada kita semua. Kadangkala mehnah ini menyebabkan kita rasa lemah dan berputus asa kepada Allah s.w.t. Semoga apa yang diperbincangkan ini akan diberikan taufik serta hidayah dari Allah s.w.t.


ADAKAH MEHNAH ITU DISEBABKAN DARI KESALAHAN ATAU IA ADALAH SUNNATULLAH?
Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah menyatakan, "Di kala ini kamu telah memulakan perjalanan di jalan para pendokong dakwah dan ujian-ujian ini boleh jadi panjang, adakah kamu sanggup bertahan?”

Persoalan ini beliau ajukan apabila melihat masa hadapan gerakan Ikhwan yang pastinya akan berhadapan dengan pelbagai mehnah yang mungki darinya akan gugur penggerak kerja dakwa itu sama ada gugur sebagai pejuang atau gugur sebagai seorang yang berputus asa kepada rahmat Allah s.w.t. Ini kerana, telah jelas bahawa ketika ejarah Ar-Rasul s.a.w., Baginda juga amat terdedah dengan pelbagai gangguan, penyeksaan serta penindasan. Tetapi mereka terus menerus berdakwah tiada henti-hentinya. Allah s.w.t. boleh sahaja mengekang dan menyekat gerakan yang menentang Ar-Rasul s.a.w. namun, segala ujian dan mehnah yang Allah s.w.t. timpakan berterusan sehinggakan Rasulullah s.a.w. mengeluh dan berdoa, “Hai Tuhanku, kepada-Mu lah kuadukan kelemahanku, kekuatanku dan kurangnya upayaku dan hinanya aku kepada manusia.”

Sekiranya kita mengimbas sejarah Ar-Rasul ini ketika di Tha’if, adakah masuk akal jika kita katakan bahawa Ar-Rasul dan para sahabat yang bersama Baginda s.a.w. ketika itu telah melakukan dosa sehingga diperlakukan sedemikian? Inilah yang menjelaskan bahawa, kebencian mereka itu yakni musuh-musuh Islam adalah kerana semangat juang yang berkobar-kobar untuk menyampaikan dakwah Islam. Itu adalah faktor utama mengapa mereka tidak pernah berhenti dari menghalang sebarang usaha yang mulia ini. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).” (Al-Qalam: 9)

“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami, dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.” (Al-Isra': 73)

Apa yang menjadi kepentingan untuk ita pelihar dalam mendepani sunnatullah ini adalah keyakinan yang tinggi kepada Allah s.w.t., kesungguhan serta istiqamah dalam menyampaikan dakwah kepada sesiapa sahaja yang bersama kita. Ini kerana, jelas sekali di dalam ayat-ayat di atas, mereka tidak akan merasa senang dan aman sekiranya mengetahui atau melihat kebaikan yang bertambah kuat. Pada kala ini, mereka akan lakukan apa sahaja termasuklah menggunakan kuasa dan kekerasan bagi mengelakkan ianya dari terus berkembang.

Jadi bersamalah kita ingat bahawa, dakwah itu adalah mengajak manusia kepada Allah s.w.t. dan melakukan segala amal kebaikan serta menjauhi perbuatan yang mungkar. Pada masa yang sama, dakwah juga tidak pernah danperlu memaksapun manusia, cuma ia adalah cara berbicara dengan akal dan fitrah, menyeru ‘bil hikmah’ serta mengadakan perbincangan yang di dalamnya penuh dengan nasihat. Pabila tiba keperluan untuk berdebat, maka berdebatlah untuk membuktikan kebenaran dan memperjelaskannya dengan cara yang terbaik.

“Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya di sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun.” (Al-Anfal: 22)

Mereka inilah yang akan memulakan permusuhan dan mendatangkanpelbagai ragam masalah untuk kita hadapi bersama. Tabahlah dan teruslah istiqamah walau apapun yang bakal menggugat perjuangan hidup kita.


ITULAH DIA SUNNATULLAH
Ia memang diperakui sebagai sunnatullah. Sebahagian yang telah Allah s.w.t. rencanakan kepada setiap manusia yang ingin melaksanakan tugas Ar-Rasul s.a.w. ini. Perjalanan kita ini masih jauh, dan mungkin apa yang kita rasai ini hanya permulaan dan mungkin Allah s.w.t. tamatkan riwayat kita sebelum sempat merasai kesusahan ini. Keimanan kita kepada Allah s.w.t. memerlukan pembuktian. Bukan sekadar dari sudut lisan tetapi juga perbuatan dan iktikad keyakinannya. Jadi, setiap apa yang hendak dibuktikan perlukan ujian ke atasnya. Firman Allah s.w.t. banyak dicatatkan tentang janji-Nya ini.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedang mereka belum diuji? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

“Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana orang-orang yang dahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya. "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.” (Al-Baqarah: 214)

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.” (Muhammad: 31)

“Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka hingga datang pertolongan Kami kepada mereka. Tak ada seorang pun yang dapat merubah kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepada mu sebahagian dari berita rasul-rasul itu.” (Al-An'am: 34)

“Allah sekali-kali tidak tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepadamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya, kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.” (Ali-lmran: 179)

“Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka).” (Ali-lmran: 141)

“Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan bagi yang batil. Adapun buih itu akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.” (Ar-Ra'ad: 17)

“Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah" maka apabila ia disakiti kerana ia beriman kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sesungguhnya jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu”. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia?. Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafik.” (Al-Ankabut : 10-11)

Jelas sekali Allah s.w.t. perjelaskan bahawanya untuk orang-orang yang beriman akan di datangkan ujian dan disebalik ujian tersebut akan adanya hikamh yang bagi siapa yang terpilih akan melihatnyA. Hikmah itu akan menentukan yang hak dan yang batil dan ia juga memperjelaskan siapakah dikalangan manusia itu yang benar-benar berjihad dan bersabar. Ujian Allah s.w.t. itu juga adalah untuk menyucikan dan membersihkan diri kita sehinggalah kita mendapat kelayakan untuk dibantu oleh Allah s.w.t.




Muat turun artikel ini di sini.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang