AZAMKU 16 SAFAR 1432


21 Januari 2011 bersaman dengan 16 Safar 1432. Macam nak berazam tapi tak tau la boleh ke tak. Kalau ikutkan, niat yang baik tu dapat pahala, tapi untuk istiqamah tu, pahala dia lagi besar. Hari ni hari Jumaat. Luar biasa hari ni, apabila semalam seharian bercuti dan tak banyak rasanya kebaikan yang dapat dibuat semalam. Sebenarnya itulah dia azamnya. Nak berusaha sekuat mungkin untuk berbuat kebaikan setiap hari pada setiap masa.

Carilah apa sahaja yang mungkin boleh mendatangkan kebaikan dengan hasrat, aku dapat memanfaatkan sebaik-baiknya usia yang tersisa ni. Tahun dah masuk tahun baru, sedar tak sedar, usia ini sebenarnya makin pendek. Tapi ramai dikalangan kita hari ini begitu bergembira dengan sambutan tahun baru. Seolah-olah mereka berasa akan hidup lama lagi. Silap-silap, esoknya dah innaliLlah dah. Setiap hari bertambah, setiap hari itulah sebenarnya peringatan buat kita. Aku? Baru bangkit dari serangan demam selsema dan batuk. Allah datangkan ujian ke bala? Aku harap iman ini makin bertambah bukan berkurang.

Hari ini, bila sampai ke masjid awal, terdengar seorang ustaz memberikan tazkirah tentang lorong-lorong yang digunakan syaitan untuk menyelinap ke dalam diri manusia. Takut juga dan datang keinsafan serta rasa berdosa aku. Banyak juga kelemahan yang aku bukakan untuk musuh-musuh ini. Ya Allah, ampunkanlah aku. Aku tidak akan biarkan ianya berlaku lagi. Astaghfirullahal'azhim. Terpaku aku mendengar si ustaz ini bertazkirah, benar-benar sampai ke hatiku. Ada 7 pintu katanya. 2 darinya yang benar-benar terkesan.


HASAD DENGKI

Apabila melihat orang lain bermewahan dan memakai pakaian serta kenderaan besar terus sahaja lidah kita ini akan ringan berkata, "Tu, duit rasuah la tu!" Ya Allah, ampunkanlah aku. Rupanya ia adalah sebahagian dari apa yang dikatakan hasad dan dengki. Tidak terlintas untuk aku berdengki, tetapi ia benar-benar membuka mataku. Kadangkala, apa sahaja yang kita lihat dihadapan mata kita, yang dilakukan oleh orang yang padanya ada perasaan benci kita, maka inilah yang akan dimainkan oleh syaitan di dalam jiwa.

Ya Allah, lindungi aku dari kelemahan yang bertimpa-timpa ini Ya Allah! Betullah, perasaan hasad dan dengki ini kita sangka telah jauh darinya, sedangkan, iblis ini sebenarnya semakin licik dan bijak untuk memperdaya seorang Muslim. Iman ku belum betul-betul melihat kebenaran, iman ku perlu ditambah dan diperkukuh. Maka, dapat aku fahami, perasaan marah adalah puncanya. Benci kepada kesalahan dan penipuan pada dasarnya tetapi hakikatnya telah ditutupkan jiwa ini dengan hasad dengki syaitan yang direjam.


BURUK SANGKA TERHADAP MUSLIMIN YANG LAIN

Maka, dari tindak tanduk hasad dengki tadi timbullah perasaan buruk sangka. Sedangkan bukannya kita tidak tahu, seburuk-buruk silaturrahim adalah berburuk sangka kepada rakan yang lain. Wah! Allah bukan hati ini Ya Allah. Aku berdosa dan aku memohon keampunan Mu! Tunjukkan aku jalan yang benar dan jadikanlah aku pejuang agama mu yang selamat dari kesesatan.

Apa yang patut aku lakukan ialah berusaha keras untuk menutup laluan syaitan. Perasaan takabbur, marah, mengikut nafsu syahwat, tergesa-gesa serta kikir adalah jalan-jalan yang mampu membawa kita bersama dengan musuh-musuh diri kita iaitu syaitan yang direjam. Inilah azamku. Aku akan berusaha untuk mengisi masa luangku untuk mengingati-Mu Ya Allah. Seluruh masa terluangku untuk mengembalikan amanah Mu ini kepada mereka yang selayaknya. Ilmu, masa dan pengalaman adalah modalku untuk meneruskan perjuangan ini. Aku mohon Ya Allah, istiqamahkan aku Ya Allah!

No comments: