Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

1 FEBRUARI 2011


Hari ini semua masyarakat di Wilayah Persekutuan bercuti menyambut Hari Wilayah. Cuti. Apa ada dengan cuti? Hari-hari aku telah berlalu sehinggalah hari ini. Alhamdulillah, saya usahakan untuk mengisi setiap masa dengan manfaat yang sebenar. Perjalananku minggu lalu ada juga peristiwa yang mencuit perasaan.

27 Januari 2011 saya berkunjung ke SK Rasa. Sekolah yang kali ketiga dan tahun kedua melibatkan IQ Class Management dalam perancangan program tahunannya. Guru Besarnya kata, keputusan melonjak naik dan nama IQ Class Management dia masukkan dalam laporan yang dihantar ke PPD. Sibuklah sekolah-sekolah lain pun nak panggil IQ Class Management. Jika benar, alhamdulillah.

Namun, adakah itu tanda berjaya? Persoalan yang sukar untuk dijawab atau dinilai kebenarannya. Sudah bertahun (4 tahun) saya terlibat dalam membangunkan syarikat ini, tetapi saya rasakan seperti wajahnya suram dan tidaklah gah sebagaimana syarikat latihan yang lain. Saya hanya berdoa dan berharap dapatlah saya meneruskan usaha ini. Setakat ini kami masih meyakini bahawa setiap yang baik pasti akan dibalas dengan kebaikan. Mana tidaknya, banyak juga telinga ini mendengar yang buruk-buruk pasal orang, minta jauh lah, kami bukan dikalangan yang tidak baik itu.

Kami bersembang dengan pakcik tukang sapu sampah dan tukang kebun di sekolah tu. Macam-macam juga yang kami terima, tapi bak kata Jo, "bagaimana la kita bila tua nanti?" Bila tengok pakcik tu, kami teringatkan sahabat-sahabat macam Ustaz Zawawi dan Haji Siraj. Mereka ramai je kenalan. Jemaah ini yang menjadikan kita seseorang, nak harapkan kita ini sendiri, tidak kemana la jawabnya. Jemaah bersama ABIM dapat saya rasakan hidup ini lebih bermakna dan terisi dengan kata-kata dan cara fikir yang diliputi pandangan agama.

Ya Allah, saya mohon keberkatan umur serta kehidupan yang aman dengan cara hidup Islam ini. Susah nak kata, begitu beruntungnya dalam kehidupan yang serba sederhana. Hari ini, saya masih mencari-cari tempat untuk mencurah bakti... Kadangkala saya rasakan terlalu banyak masa lapang yang tidak saya isi. Rasa senang membuatkan kita tidak mahu bangkit dari ketinggalan. Inilah umat Islam hari ini. Yang rasa senang sehingga tidak perasan yang jiwa dan pemikiran mereka ditindas dan dimomok-momokkan.

Perjalanan masih jauh, baru masuk awal Februari, tetapi semakin hari semakin pendek pula peluang untuk berbakti sebab, masa mungkin tinggal sedikit sahaja untuk kita, beringatlah dan TUNE-lah diri kita.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang