'SUCCESS BEGINS with ME'


13 April 2010, Kem El-Azzhar, Morib. Saya bersama geng IQ Class Management telah dijemput oleh El-Azzhar Training bagi menjayakan satu program yang melibatkan kelompok ibu-ibu tunggal dan anak-anak mereka. Program yang dianjurkan oleh Tabung Kebajikan Anak Yatim Batu 10 Kebun Bharu ini mensasarkan program berbentuk motivasi, keyakinan diri serta ibadah kepada 2 generasi dalam keluarga ini.

Saya tiba lewat jam 7.30 malam di Morib. Sesi saya yang pertama bermula pada malam tersebut jam 9.30 malam. Modul baru telah saya bina khusus untuk ibu dan anak-anak yang bersama mereka, modul 'Bahagia Bersama'. Banyak elemen yang perlu diperbaiki pada diri saya secara khususnya dan pada modul itu sendiri secara amnya.

Modul 'Bahagia Bersama' adalah modul baru yang dibina bagi berkongsi pendapat dan pengalaman bersama antara ibu-ibu dan anak-anak mereka. Sedikit elemen muhasabah diterapkan bagi memastikan hubungan kekeluargaan ini terjalin dalam satu sesi ringkas ini. Namun modul ini perlu diperbaiki lagi. InsyaAllah.


No comments: