Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

BENGKEL PENINGKATAN AKADEMIK BERSAMA MAPIM

15 Mac 2010, SMK Kg Soeharto, Hulu Selangor. Saya bertolak dari rumah jam 6.30 pagi dengan harapan yang besar agar dapat memberikan sedikit sebanyak inspirasi dan nasihat apabila bertemu dengan adik-adik di SMK Soeharto. Program kali ini dianjurkan oleh Mimbar Permuafakatan ibu Bapa Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAPIM yang dipengerusikan oleh Datin Sri Ismalina (Cawangan Selangor)

Banyak kelonggaran khususnya dari sudut mendisiplinkan pelajar dan bimbingan yang seharusnya diberikan. Peserta nampak bersemangat pada awalnya tetapi dalam semangat itu rupa-rupanya mereka memerlukan bimbingan yang sangat luar biasa. Mereka bukan sahaja berhadapan dengan masalah ponteng, tetapi juga soal sikap terhadap pelajaran mereka.

Untuk pelajar yang sebegini bagi saya, mereka perlu diperbetulkan semula halatuju, pemikiran serta sikap mereka terhadap masa depan dan pembelajaran mereka. Mereka perlu diselami jiwa dan keseronokan mereka agar dapat diketahui apakah punca yang terjadi sedemikian rupa kepada mereka. Ternyata, dalam pemeriksaan ekspektasi peserta terhadap program, tidak ramai dikalangan mereka yang bersedia untuk belajar sebaliknya bersedia untuk mencari kenalan baru dan mungkin untuk dapatkan rasa 'suka-suka'.

Saya memggesa kepada sesiapa yang membaca blog saya ini untuk bersama-sama menyumbang bagi melaksanakan program sebegini sebagaimana yang dilakukan oleh MAPIM. Berilah sumbangan khususnya dari sudut material dan bantuan kewangan kepada mana-mana NGO yang sentiasa mahu melakukannya, namun halangan utama buat mereka adalah bantuan kewangan yang amat sederhana.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang