Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

BERFIKIRAN POSITIF; MEMULAKAN LANGKAH 2010

Lama saya telah menyepikan diri. Bukan menyepi, cuma tidak berinteraksi dengan rakan-rakan di dalam blog ini. Alhamdulillah, ruang dan masa itu kembali menjelma. Mungkin tidak lama tetapi ada. Bak kata Imam Hassan Al-Banna, tanggungjawab lebih banyak dari masa. Sehinggakan, masa untuk ber'blog' pun tidak kesampaian.

Saya memulakan langkah tahun 2010 dengan sejarah yang penting dalam hidup saya. Mengajar ekonomi yang merupakan salah satu dari subjek yang tidak saya gemari satu ketika dahulu ketika saya belajar di universiti. Tetapi kali ini, saya terpaksa mengajarnya semula kepada ustazah-ustazah yang menjadi tenaga pengajar unit bina insan KEMAS Parlimen Kuala Selangor.

Perkara yang hebat buat saya adalah mengajar ekonomi. Sebagaimana yang selalu saya pesan kepada mereka yang mendengar ceramah saya, 'be positive'. Contohilah Rasulullah s.a.w yang sentiasa positif di dalam sepanjang hayat kehidupannya. Maka pemikiran positif ini telah menyerap ke dalam benak fikiran saya. Menyebabkan apa yang dulu saya tidak sukai, sekarang menjadi sebahagian dari mainan lidah saya. Ajaibnya pada saya.

Ini membuktikan yang sentiasa menghalang sebarang kejayaan kita hanya DIRI KITA SENDIRI. Kegagalan hanya hadir adalah disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Fakta yang kerap digunakan apabila kita menemui kegagalan adalah kesalahan takdir ini tidak benar. Allah sentiasa memberikan peringatan sebelum sesuatu berlaku sebagai pengajaran buat kita. Cuma persoalannya adakah kita mendengar pesanan Allah ini?

Pemikiran positif adalah daya yang kuat buat manusia untuk menarik apa sahaja yang positif kepadanya. Pemikiran negatif pula akan menjadikan segala yang negatif akan sentiasa mencari ruang untuk masuk dan menghampiri diri kita. Ia bersamaan dengan falsafah pada syaitan dan iblis yang sentiasa mencari kelemahan diri manusia sebagai jalan masuk dan merosakkannya.

Berfikirlah positif sentiasa kerana ia akan menjadikan kita lebih baik dari biasa. Berfikir positif melahirkan seorang pekerja yang kreatif dan inovatif, melahirkan seorang rakan yang sering membantu dan menemani dalam susah atau senang, seorang pelajar yang tidak pernah penat berusaha, anak yang tidak pernah menyesal berbakti kepada ibu bapa dan seorang ibu bapa yang tidak pernah merungut mencari rezeki yang halal. Apabila datangnya pemikiran negatif, segalanya berubah 360 darjah.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang