Aku Bersama Kem Bina Guru E2L



Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat menyelesaikan satu tugasan program. Kali ini sasaran aku bersama Abang Zul, Mamad dan Alif (Azmi ada dak sekejap je) adalah mereka yang bakal menjadi guru di institusi pendidikan awal kanak-kanak dari Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak Educate To Learn yang bertempat di Damansara Perdana.


Program ini telah berlangsaung selama 3 hari 2 malam bermula pada petang hari Jumaat sehinggalah petang hari Ahad. Perjalanan program ini lancar dengan peserta sendiri menjadi penggerak utama program ini. Namun begitu, terdapat pelbagai kelemahan yang perlu diberikan perhatian oleh kami bagi memastikan program-program yang dijalankan memberikan kesan yang besar bagi mereka yang menyertainya.



Kekuatan Program
1. Komitmen dan motivasi tinggi yang ditunjukkan oleh peserta menjadikan program ini sentiasa bertenaga dan berjalan dengan baik. Penglibatan juga amat positif dan memberangsangkan.

2. Perjalanan dan persiapan program yang rapi menjadikan setiap aktiviti dipenuhi dan setiap mereka yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugas dengan baik bermula dari mereka yang melakukan aktiviti begitu juga dengan mereka yang menjadi wartawan untuk setiap aktiviti.



Terdapat banyak kelemahan yang kami rasakan terdapat di dalam program ini. Antara yang paling ketara bagi kami adalah dari sudut pengamalan kerohanian yang mana ia harus diutamakan dalam pembinaan insan. Solat berjemaah agak longgar perlaksanaannya juga tidak langsung kami selitkan solat Sunat Dhuha yang juga boleh dijadikan amalan harian bagi seorang pendidik.


Kelemahan yang kami akui juga ketara adalah komunikasi antara 3 pihak iaitu kami di IQCM, penyelaras dari kalangan peserta dan juga dari pihak E2L sendiri. Program ini juga menampakkan ketidakaturan pengisiannya serta fokus matlamat yang agak besar sehinggakan tidak mengkhususkan kepada apa yang sepatutnya peserta-peserta ini dapat. Namun segalanya lancar dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah;

1. Perang Di Hutan
2. Qiyamullail
3. Pembunuh Bersiri
4. Silent Language
5. Permainan Lilin
6. Solo Drop
7. Sandwich
8. Permainan Telur dan
9. Menara Barang Terbuang

No comments: