Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

SESIAPA YANG MENINGGALKAN SESUATU KERANA ALLAH

"Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah s.w.t., nescaya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik."

Catatan dari seorang 'alim, Shaikh Muhammad Raaghib At-Tabbaakh menceritakan, ada seorang ulama' yang sangat warak dan dihormati telah bermusafir ke Universiti Al-Azhar di Mesir bagi mencari ilmu pengetahuan. Akibat dari terlalu sibuknya mencari ilmu, beliau jatuh miskin dan terpaksa bergantung kepada derma orang ramai. Tiba pada satu ketika, beberapa hari berlalu dan beliau tidak dapat menemukan makanan dan beliau berasa terlalu lapar. Oleh sebab itu, beliau meninggalkan kamarnya di Al-Azhar untuk mendapatkan sedikit makanan. Tiba di sebuah kawasan, beliau terbau masakan yang begitu harum terbit dari sebuah rumah yang pintunya terbuka. Lalu beliaun pun meluru masuk ke rumah tersebut sehingga tiba di dapur dan dilihatnya tiada orang di situ. Beliau terlihat makanan yang enak terhidang, lalu beliau mengambil sudu dan mengambil sedikit darinya. Tatkal beliau ingin menyuapkan makanan tersebut ke mulutnya, beliau berhenti. Kemudian tersedar bahawa beliau tidak mendapat keizinan untuk memakan makanan tersebut. Jadi, dengan segera beliau meninggalkan makanan tersebut dan kembali semula ke biliknya di Al-Azhar dalam keadaan kelaparan.

Namun, kurang dari satu jam kemudian, salah seorang gurunya datang ke kamarnya diikuti oleh seorang lelaki. Gurunya berkata, "Saudara yang budiman ini datang kepada saya kerana ingin mencari seorang pelajar yang jujur dengan keilmuannya agar dapat dikahwinkan dengan anak perempuannya, dan saya telah memilih kamu untuk dia. Bangunlah dan bersama kami ke rumahnya supaya kita dapat menyempurnakan perkahwinan antara kamu dan anak perempuannya, menjadi sebahagian dari ahli keluarganya." Lalu, dalam keadaan bersusah payah untuk beliau bangun akibat kelaparan, beliau menurut arahan gurunya dan pergi bersama mereka. Beliau amat terkejut apabila dibawa ke rumah yang sama yang telah dimasukinya tadi. Beliau pun dikahwinkan dengan anak perempuan saudara itu dan makanan pun dihidangkan untuknya. Ia adalah makanan yang sama yang hampir-hampir dimakannya tanpa izin tadi. Sekarang, beliau memakannya dan berkata di dalam hatinya, "Aku mencegah diriku dari memakannya dikala aku tidak meminta izin melakukannya, tetapi sekarang Allah s.w.t. telah memberikan aku makanan ini dengan kebenaran tuannya."

Kemudian, isterinya turut serta bersamanya sehinggalah beliau menamatkan pengajiannya dan melahirkan anak-anak yang solih untuknya. Inilah buahnya kesabaran dan penghasilan dari pemilikan taqwa sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran, surah At-Talaaq, ayat 2 dan 3, Allah akan mengadakan baginya jalan keluar serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Akan tetapi barangsiapa yang melakukan kefasiqan yang tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kesalahan serta mencari-cari kesenangan dalam kehidupan yang amat sementara dan penuh kealpaan ini, mereka tidak akan berasa selain dari kemurungan dan kesedihan di dalam hati mereka dan bagi mereka itu sebenarnya tiadalah keindahan kehidupan dunia apatah lagi di akhirat. "Adakah Allah tidak cukup bagi hamba Nya?" (Az-Zumar: 36)

Namun bagi sesiapa yang bersabar, teguh dan punya ketaqwaan, mereka pasti akan beroleh segala kebaikan di dalam kehidupan ini dan penghormatan bersama Tuhan Yang Maha Agung pada hari pengadilan. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Az-Zumat ayat 10 yang bermaksud;

"Katakanlah, "Wahai hamba-hamba Ku yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan dan bumi Allah ini luas. Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."

Catatan
[1] Tulisan kisah merujuk kepada Imaam Al-Albaanee, yang merupakan murid kepada Shaikh Muhammad Raaghib At-Tabbaakh yang diterbitkan pada 11 jun 2004 dari sumber Majalah Al-Asaalah, tulisan 'Alee Hasan al-Halabee (Isu 31, m/s. 60-61), Al-Ibaanah.com

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang