Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

MENJANA KEJAYAAN, KEKAYAAN DAN KEBERKATAN

“Redhalah dengan apa yang dibahagikan Allah s.w.t kepadamu, nescaya engkau menjadi orang yang paling kaya.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Untuk menjadikan diri kita ini amat berjaya, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Bahkan ianya memerlukan pengorbanan, keupayaan serta perlakuan yang bukan seperti orang yang kebiasaan. Jika dilontarkan persoalan, siapa yang mahukan kejayaan dan kekayaan, pasti, ramai yang menggamit dan bertanyakan bagaimana? Sehingga hari ini, ramai yang melibatkan diri dengan pelbagai bentuk perniagaan dan sistem yang secara umumnya adalah untuk menjana pendapatan yang lumayan yang menjangkakan hidup akan aman selepas memilikinya. Namun, sedarkah kita bahawa, untuk mencipta kejayaan dan memiliki kekayaan memerlukan satu sifat yang hebat iaitu redha.

Menimbulkan sifat redha atau ‘qanaah’ merupakan satu perkara yang amat sukar dan ini dibuktikan dalam hadith di atas. Sifat Redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t. Pengetian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Redha terhadap AllaH s.w.t. terbahagi kepada dua iaitu:

1. Redha menerima peraturan (hukum) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
2. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Mereka yang mampu menerima seadanya, dan bersyukur bahkan menghargai setiap pemberian Allah kepadanya, maka merekalah orang-orang yang kaya dan berjaya. Apabila hadirnya ‘qanaah’ dalam diri, maka yang sedikit akan menjadi banyak dan yang banyak akan menjadi berkat. Inilah yang memberikan kesan besar kepada kehidupan kita iaitu berjaya dan kaya dalam keberkatan.

“Himpunlah rasa putus asa terhadap apa-apa yang ada di tangan manusia.”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Kita tidak akan dapat merasai kejayaan dan kekayaan sebenar kecuali dengan cara kita menghilangkan keinginan dan kemahuan terhadap apa yang ada pada diri orang lain. Kerapkali berlaku pada diri apabila menyimpan angan-angan untuk mempunyai sesuatu sebagaimana apa yang ada pada orang lain. Sikap tidak dapat menerima pemberian Allah yang dirasakan tidak mencukupi hanyalah menyebabkan jiwa kita menolak Allah sedikit demi sedikit. Akhirnya, kita gagal untuk merasakan kenikmatan kehidupan sebenarnya. Hidup kita mula terumbang-ambing dan tidak terarah.

Orang-orang yang tidak redha, hati mereka akan dipenuhi dengan dendam kesumat, kebencian dan sifat dengki yang tidak terkawal. Manakala jiwa mereka yang sentiasa redha, Allah telah janjikan untuk mereka rasa kaya dihati, aman, dipenuhi dengan rasa cinta dan tawakal menjadi keutamaan perlakuannya. Apabila sifat redha atau ‘qanaah’ ini telah membentengi jiwa manusia maka pastinya, mereka akan menjadi jutawan yang berjaya dan sentiasa bersedia untuk pulang ke kampung halaman sebenar kita. Antara perniagaan yang akan dijalankan oleh mereka yang jiwanya dipenuhi sifat redha adalah seperti berikut;

1. Kitarkan semula dunia kita dengan akhirat, kampung halaman kita.
Setiap kejadian di dunia ini tiada yang kekal bahkan semuanya akan musnah dan rosak. Termasuklah diri kita sendiri. Oleh yang demikian, haruslah kita gunakan segala perkara di dunia ini untuk keperluan kita ketika pulang ke kampung kelak. Kampung yang akan kekal abadi dan selamanya kita akan tinggal di sana. 4 perkara utama yang perlu kita kitarkan sebaik mungkin adalah;
a. Usia kita;
b. Ilmu kita;
c. Amanah kita (pangkat atau kedudukan) serta;
d. Harta kekayaan kita.

2. Tukaran Wang (Harta) dan Deposit Tetap
Seringkali kita amat menyayangi harta benda dan wang kita sedangkan yang di saku kita itulah pinjaman manakala yang disedekahkan itulah harta sebenar kita. Maka, berdermalah wang kita kepada mereka yang memerlukan dan setiap derma itu pasti akan dibawa ke kampung halaman kita sebagai tanaman-tanaman yang bakal dipetik. Ia pasti tidak akan merugikan.

3. Perkhidmatan Awam
Ada juga dikalangan kita yang mungkin tidak mampu untuk membelanjakan harta mereka, tetapi Allah tidak pernah menutup ruang untuk sesiapapun. Syurga (atau kampung kita) itu adalah milik semua yang berusaha untuknya. Maka, jika harta tidak mungkin, kerahkanlah masa, tenaga dan mungkin idea kepada mereka yang memerlukan. Laburkanlah segala kemahiran yang ada kepada ummat yang sentiasa memerlukannya.

Maka, marilah kita bersama bermuhasabah bahawasanya, Allah telah menyediakan ruang dan peluang yang amat luas untuk kita menjadi orang yang berjaya, kaya dan diberkati. Kita harus tahu sebenarnya, kitalah orang yang paling kaya dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Mata, telinga, nikmat agama dan segala anggota yang ada. Amat banyak. Sedarlah kita bahawa, ada diantara manusia yang mungkin tidak mempunyai kesempurnaan sebagaimana yang kita rasai. Bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkan kepada kita dengan mengucapkan Alhamdulillah, kerana dengan mengucapkan Alhamdulillah juga adalah sedekah. Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala hal dunianya kecuali 3 perkara iaitu;

1. Doa anak yang soleh;
2. Sedekah amal jariah serta;
3. Ilmu yang dimanfaatkan.

Insafilah diri kita dan sentiasalah jadikan diri kita sebagai manusia yang berjaya, kaya dan diberkati oleh Allah s.w.t. Sekadar renungan buat kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang