Inilah perjalanan saya. Dari hari ke hari dan dari mingu ke minggu. Saya penuhi pelbagai permintaan dan harapan pendidik di sekolah-sekolah untuk membantu memperbaiki dan mempertingkatkan pencapaian anak didik mereka. Berjaya ke? Hanya Allah yang berhak menilai kejayaan kita semua. Tugas kita buat, usaha dan bertawakal kepada Allah.
30 Mei yang lalu saya bersama fasilitator PEPIAS telah berkumpul di SMK Seri Tasik bagi melaksanakan tugas siri kedua program SMART Solatnya. Dari IQCM, saya (PULM Kamarul) bersama pelajar praktikal saya Dalila. Manakala fasilitator dari PEPIAS pula terdiri daripada Fandey, Muzakkir, Khaulah, Dhila dan Ayu. Semuanya berjalan lancar dan memberangsangkan.
Apa yang menarik ialah komen-komen peserta. Ada sebahagiannya yang tidak sabar untuk menghadiri siri ketiga dan ada juga yang ingin untuk berprogram lebih lama. Fasilitator berpandangan, peserta kali ini lebih menonjol dan semangat mereka untuk bertanya lebih tinggi. Mereka menunjukkan kesungguhan dan minat yang amat membanggakan.
Inilah tugas kita;
- Menimbulkan minat peserta untuk mengetahui tentang Islam yang mereka anuti;
- Memberikan motivasi untuk membuat perubahan dalam diri serta;
- Menimbulkan rasa tanggungjawab dalam diri mereka.
Sebagai sokongan kepada kepada mereka, ibu bapa dan guru-guru juga harus diberikan peringatan tentang perubahan anak-anak mereka. Mereka juga perlu diberikan taklimat dan pesanan supaya berperanan untuk menjadi faktor motivasi utama mereka, bukan kerana semata-mata program yang mereka hadiri.
Sekian.
Sedang menjamu selera |
Comments