Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

ALHAMDULILLAH, TERUSKAN FOKUS...

Semenjak beberapa minggu yang lalu, saya telah menjalani sebuah perjalanan yang sangat hebat dan memberikan inspirasi kepada diri saya. Lama juga saya tidak bersama dengan teman-teman di facebook atau diblog ini sendiri, apa yang aku harapkan adalah kebahagiaan dan kesejahteraan semua yang membaca blog ini.

Nah, apakah yang telah menghambatku sehingga saya mula berfikiran sebegini? Hampir berminggu-minggu lamanya saya tidak berkunjung melihat blog dan kenalan di facebook. Ia adalah disebabkan diri ini yang kembali mencari arah tuju yang tepat dalam setiap penglibatan dan usaha kerja yang diamanahkan Allah. Pada permulaannya, saya tersasar, merasa beban, takut dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Sehinggalah suatu hari, aku diperingatkan tentang FOKUS.

Apa dia fokus?

  • Face the reality.

Tidak boleh tidak saya perlu terus menerus berdepan dengan realiti yang pelbagai. Semua tekanan ini bermula dengan perjawatan saya sebagai Setiausaha Kewangan ABIM Selangor. Saya rasakan seolah-olah saya sedang diberi perhatian oleh Allah dalam setiap perkara yang saya lakukan. Bukan orang tak kenal saya. Saya lebih terkenal dengan kerja-kerja kesetiausahaan, tetapi kini nampaknya berubah. Bukan setakat itu sahaja, sebelum saya bergelar SU Kewangan ABIM Selangor, saya juga adalah YDP ABIM Daerah Kuala Selangor yang baru. Wah, bukan nak berlagak, cuma sedang mencari kekuatan diri. Yang terakhir ialah, bakal Bendahari Agung Briged Bakti Malaysia. AGMnya di Kelantan pada 4 Jun ini. Allah Maha Mengetahui.

  • On the track.

Pasti, saya yakinkan diri, saya berada pada jalan-Nya kerana saya berpegang pada firman-Nya, Allah tidakkan akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak tertanggung. saya yakin, saya mampu, cuma saya perlu merangka dan memberikan tumpuan kepada keperluan ROHANI, JASMANI, EMOSI dan INTELEK. Wajib seimbang.

  • Keep the good work.

Bukan saya tak pernah melakukan kerja-kerja sebegini. Pernah dan sangat pernah. Kenangan dikampus pernah menjadikan saya antara yang tersibuk. Tiap-tiap malam mesyuarat sana-sini. SO? Sepatutnya tiada masalah sebab tiada beban assignment kena submit, tetapi ada juga la beban proposa yang nak kena hantar, work smart bro.

  • Understand the situation.

Keadaan sekarang amat-amat memerlukan kerja yang bersungguh-sungguh termasuklah kerja dakwah ini. Kalau bukan saya siapa, kalau bukan sekarang bila? Kena buat juga, paling saya risau, saya tak tau bila saya mati. Apalagi yang saya ada? Masa je lah yang ada. Masa yang ada untuk dimanfaatkan. Mungkin orang lain tak nak fikir macam yang saya fikir. Maka saya perlu fikir, sebab mungkin memang tidak ada sesapa yang berfikir macam saya fikir.

  • Stay calm, stay cool and stay focus.

Bab ini yang susah terutamanya bila dah berkeluarga. Macamana pun keluarga ada priority nya, kerja dakwah pun ada, kerja cari nafkah pun ada, cuma ia macam roda, yang mana naik atas dan yang akan turun bawah. Apa yang saya harapkan adalah ketenangan yang Allah anugerahkan kepada saya. Saya perlu berusaha untuk mempertingkatkan diri dari segi JASMANI, EMOSI, ROHANI dan INTELEK. So, start to work on it. Semoga berjaya untuk saya hehehe.

Alhamdulillah, ini cuma nukilan untuk memotivasikan diri sendiri. InsyaAllah... setiap ilmu pasti bermanfaat, setiap pengalaman pasti berpengajaran, setiap masa yang berlalu pasti akan dipersoalkan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang