Malam sebelum saya bersama pelajar SMK Seri Tasik. Saya bersama Jo (PLM IQCM) dan Dalila (Pelajar praktikal IQCM)telah pergi ke SK Taman Segar (29 Mei 2009) jam 9.00 malam. Pada peringkat awal ketibaan kami, agak risau kerana jalan yang agak sesak. Namun, alhamdulillah, kami tiba jam 9.00 malam.
Sayamemulakan ceramah saya yang bertajuk Motivasi CINTA. Rupa-rupanya, ada beberapa orang guru yang mula membuat kesimpulan awal sebelum sempat saya menghabiskan ceramah. Apa kaitannya Motivasi CINTA dengan Muhasabah Diri? Inilah masalah yang terdapat pada segelintir guru-guru kita pada hari ini. Sentiasa melihat sesuatu dengan pelbagai fikiran sempit yang tidak mendorong kepada perubahan sesiapa. Adakah kita mengharapkan pelajar lebih baik sekiranya guru yang mengajarnya tidak langsung mempunyai pemikiran yang positif.
Selepas tamat ceramah, saya terdengar pula suara guru-guru yang bersama kami pada mala itu. "Alah budak-budak ni kejap aje, esok macam biasa balik". Maaflah, terdetik terus dalam benak hati saya, apakah doa guru-guru ini untuk anak-anak yang mereka didik? Sentiasa menimbulkan keraguan mereka terhadap-anak-anak ini tanpa memberikan sebarang kepercayaan pun. Paling tidak pun memberikan mereka harapan dan cita-cita untuk berubah.
Inilah pandangan saya. Sekiranya saya menjadi guru, atau sesiapa sahaja, jadilah guru yang bersifat sebagai seorang da'i dan murabbi, melihat orang lain itu lebih utama berbanding meletakkan diri lebih penting dari orang lain. Ingatlah.
Sekian.
Comments