Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

USRAH ABIM DAERAH KUALA SELANGOR 5 MEI 2009


Terjemahan hadith 9 dalam kitab Ahith 40 karangan Imam Nawawi bermaksud;

"Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin sakhr r.a. katanya: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Tepat jam 7.00 malam, Wak Nan bersama isterinya telah menumpangkan aku untuk ke usrah pada malam itu. Usrah kami di Sungai Haji Dorani Sungai Besar. Perjalanan memakan masa hampir 40 minit sehinggalah kami tiba di rumah Tuan Haji Ismail. Ketibaan kami menerima hidangan tayangan perbahasan di Parlimen dengan pelbagai isu hangat sementara menunggu solat Isyak berjemaah bersama.

Sejurus kemudian, azan dilaungkan dan kami sama-sama bangkit untuk menunaikan solat isyak berjemaah dengan diimamkan oleh Wak Nan. Selesai sahaja solat Isyak berjemaah, kami meneruskan agenda kedua iaitu santapan jasmani. Tuan rumah, Haji Ismail menyediakan pelbagai hidangan yang enak untuk kami. Inilah rutin dalam usrah kami di Kuala Selangor dan Tanjong Karang, sebelum diisi rohaninya, isikan jasmaninya dulu. Tawan perutnya, kemudian kita tawan imannya. Suasana berbual mesra cukup menarik dan menawan hatiku. Pelbagai isu yang dibincangkan disebalik makan-makan tadi.

Sehinggalah jam menunjukkan 9.30 malam, maka usrahpun dimulakan oleh Ustaz Malek. Kitab Hadith 40 hadith yang ke 9 dibacakan oleh Cikgu Maaruf. Hadir bersama dalam usrah pada malam itu ialah Haji Saad, Ustaz Mukhid dan Syuhadak. Hadith dibacakan sehinggalah kepada syarahannya, membincangkan tentang sejarah dan kredibiliti Abu Hurairah dalam meriwayatkan hadith ini. Hadith seperti yang tertulis di atas tidak lah panjang tetapi memadailah untuk memberikan satu kesimpulan yang besar dan amat bernilai dalam hubungannya dengan pengetian Islam itu sendiri.

Perbincangan sehinggalah kepada bahagian 1 dalam perkara larangan dan suruhan Rasulullah iaitu; menurut apa yang ditegah dan yang diperintahkan Rasulullah. Di dalam kitab ini, secara jelas menyebutkan bahawa, apa sahaja yang dilarang oleh Rasulullah adalah jelas dan wajib dijauhi dan tidak boleh dikerjakan. Larangan agama ialah larangan Allah dan Rasul-Nya. Ia ada pelbagai perkaitan seperti larangan peribadi, harta benda juga dalam masyarakat.

Kemudian, disebutkan juga oleh Rasulullah seterusnya tentang apa yang disuruh, maka hendaklah kita mengerjakannya pada kadar yang kita mampu. Maka ini sesuailah dengan firman Allah dalam surah Al-Taghaabun ayat 16 yang bermaksud:

"Maka takutlah kepada Allah barang sekuasa kamu"

juga dalam firmannya dari surah Al-Baqarah ayat 285 yang bermaksud:

"Allah tidak memberi satu dari melainkan sekadar usahanya."

Melalui ulama' fiqh dan hadith, inilah yang menjadikan dalil bahawa "barangsiapa lemah (tidak kuasa) mengerjakan suatu yang diperintahkan itu semuanya dan berkuasa mengerjakan setengahnya, maka hendaklah ia kerjakan sekadar yang dapat dilakukannya sahaja."

Melalui perbincangan kami, dalam hal mengikut kemampuan ini, ia tidaklah ditentukan oleh sesiapa atau sekadar sebab sesuatu perkara. Di dalam bab solat sebagai contohnya, solat itu sendiri tiada kelonggaran bahkan wajib dan berdosa jika meninggalkannya, tetapi, bagaimana cara melaksanakannya adalah sedikit kelonggaran atau rukhsah. Tetapi apabila merujuk kepada amalan-amalan yang sunat pula, kembali kepada kemampuan kita.

Ustaz Malek mengambil contoh kewajipan haraki yang diberikan kepada ahli usrah ABIM Kuala Selangor dan Tanjong Karang untuk mengamalkan ma'thurat, jika ditinggalkan tidaklah berdosa, tetapi melihat kepada keperluan hidup sebagai ahli gerakan Islam. Di dalam ma'thurat terdapat satu Istighfar yang diajarkan kepada Abu Bakar oleh Rasulullah. Menurut firasat pendek akal manusia, jika ia diajarkan kepada Khalifah pertama, maka, adakah ia tidak penting untuk kita?

Ustaz Malek menambah lagi, begitu juga dengan beriltizam dalam meninggalkan sesuatu perkara yang makruh dalam Islam. Ia juga dilihat sebagai satu usaha dan pahala diberikan kepada mereka yang beriltizam. Contohnya seperti rokok, banyak fatwa yang telah mewartakan ia sebagai haram tetapi ramai juga yang masih berhujah dengannya. Maka, jika si perokok beriltizam sekurang-kurangnya untuk tidak merokok sebelum dia bersembahyang pun, maka itu dikira sebagai beriltizam terhadap ajaran Islam dan ia mendapat pahala kerana berusaha untuk tidak merosakkan ketenteraman orang lain dari sudut bauannya. Tidak lupa juga dalam hal darurat. Pandangan fiqh adalah darudat mengharuskan perkara yang dilarang. tetapi cukup sekadar untuk mengelakkan kematian.

Pada akhir perbincangan usrah ini yang tamat hampir jam 10.15 malam, Ustaz Malek selaku Naqib kami mengingatkan ahli usrah agar;

1) Mengamalkan Ma'thurat Al-Kubra serta
2) Menunaikan solat sunat Witir keran Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat sunat Witir.

Aku juga telah menyampaikan hajat untuk menggerakkan semula ABIM Kuala Selangor dan Tanjong Karang bersama Syuhadak. Maka pada malam tersebut, aku telah memaklumkan bahawa;

1) Pendaftaran ROY hampir selesai, maka ABIM selangor telah meminta agar ABIM Daerah menghantar profil persatuan ke Pejabat Belia Daerah bagi urusan membuka fail.

2) Kerja-kerja mengumpulkan maklumat ahli usrah ABIM Kuala Selangor dan Tanjong Karang juga

3) Pengumuman Muktamar WADAH Selangor dan Nasional masing-masing pada 7 dan 27 Jun 2009.




TUNE-lah diri kita.


Yang Di Pertua
ABIM Kuala Selangor
5 Mei 2009

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang