Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

PERJALANAN SAYA BERMULA LAGI


Permulaan bermakna langkah saya pada minggu lepas apabila dapat bersama dengan AJK kelas-kelas bina insan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Ia berlangsung pada 21 Mei 2009. Sebagaimana yang tercatat di dalam artikel yang telah diposkan.

Hujung minggu lepas saya mengakhiri hujung minggu dengan satu sesi pengisian bersama ibu-ibu di dalam program Kursus Keibubapaan KEMAS Parlimen Kuala Selangor. Alhamdulillah, Allah masih memberikan saya ruang untuk berbicara, berkongsi pandangan dan memberikan semangat untuk mereka terus membimbing anak-anak menjadi generasi penerus yang terbaik. Ibu-ibu amat berminat dan begitu memberikan perhatian mereka untuk bersama sehingga ke akhir program. Saya dibantu 2 rakan dalam menjayakan program ini. Kami menamatkan hujung minggu tersebut dengan keberjayaan membantu menganjurkan program tersebut pada 23 Mei 2009 di Chalet Kuala Selangor.

Tidak tamat disitu sahaja, semalam (28 Mei 2009), kami berkunjung ke surau Batu 10 Bagan Tengkorak untuk satu sesi tazkirah yang disampaikan kepada warga kampung dan mahasiswa UNISEL yang menjalankan dan menganjurkan aktiviti berbasikal dan bermesra di sana. Sesi kami tamat dengan jamuan makan bersama nasi 'ambeng'. Namun timbul kegusaran pada diri saya, apabila, seorang Menteri datang ke surau tersebut untuk meraikan program tersebut. Cukup hebat, menteri ini hadir tanpa disambut bahkan tidak ada sebarang kejutan pun.

Program ini memang ada nama menteri tu, tetapi apa yang menjadi kegusaran saya ialah, mengapa dia hadir tatkala semua warga surau sudah mula mengangkat kaki untuk pulang ke rumah. Dia sampai lewat. Keraian mahasiswa UNISEL dilakukan dengan mengadakan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saya sendiri, tetapi dia hadir selepas semua selesai. Nampaknya pelajar-pelajar UNISEL ini beria-ia menyambutnya berbanding warga kampung. Ketika saya berkuliah, yang dapat dilihat depan mata pelajar-pelajar lelaki yang tidak sampai 10 orang, tetapi, semasa menteri ni sampai. Ramai yang keluar dari rumah berdekatan. Pelikkan?

Namun inilah hakikat mahasiswa hari ini, tidak melihat ilmu sebagai keutamaan. Kita sepatutnya berasa risau dengan keadaan ini. Seterusnya, pada malam ini pula, (29 mei 2009), saya akan berkunjung ke SK Taman Segar untuk ceramah Motivasi CINTA. Namun kali ini sesi berjalan sebelah malam dan ia nampak lebih memberangsangkan. Perjalanan saya berakhir untuk minggu ini dengan Program SMART Solat di SMK Seri Tasek untuk siri 2. Semoga segala usaha ini diberkati Allah s.w.t.



TUNE-lah diri kita.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang