Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

KARNIVAL NASYID JABATAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


Alhamdulillah, barulah dapat saya menulis lagi pagi ini. Kenapa? Sebab saya tunggu gambar ini. Untuk ditunjukkan kepada semua orang. Alhamdulillah, pada 9 Mei 2009, Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Selangor telah berjaya menganjurkan satu Karnival Nasyid peringkat negeri Selangor dibawah tajaan Kementerian Belia dan Sukan bersempena Hari dan Minggu Belia 2009.

Walaupun masa yang diperuntukkan untuk ABIM Selangor membuat persiapan adalah singkat, tetapi usaha persiapan ini sangat berbaloi. Sebanyak 16 kumpulan yang secara asalnya mendaftarkan diri melalui telefon. Tetapi, ia berakhir dengan kehadiran hanya 7 kumpulan daripadanya. Perjalanan karnival nasyid lancar dan dibantu oleh ramai dari kalangan rakan-rakan ABIM Selangor. Alhamdulillah segalanya lancar. Persiapan dibuat bermula pada hari Jumaat sehinggalah ke hari Sabtu petang, jam 2.00 di Perpustakaan Raja Uda Shah Alam.



Pertandingan dimulakan pada jam 3.15 petang dengan dirasmikan oleh En. Salim bin Morid, pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Pertandingan ini dihakimi oleh Che Amran (Raihan), Idzhar (NowSeeHeart) dan Jeff Hazimin. Pengacaranya pula adalah saya sendiri (ini yang menarik).

Sepanjang perjalanan, pelbagai pengalaman yang saya perolehi. Dalam melaksanakan tanggungjawab begini, dapat kita lihat pelbagai kelemahan dan perhatian yang perlu diberikan. Saya sebagai orang yang mengutamakan pengurusan dan kepimpinan perlu memahirkan diri dalam situasi-situasi begini.
  1. Pengurusan program yang cekap dan kemas.
  2. Pengurusan masa yang sempurna.
  3. Susun atur majlis yang baik dari segi protokolnya.
  4. Peranan untuk menjadikan program sebagai satu tarikan.
  5. Mengatasi kucar-kacir dan mengisi kekosongan majlis.




Apabila melihat pasukan-pasukan nasyid ini menyanyi di atas pentas, maka timbul hasrat dalam hati ini untuk memulakan semula hobi menyanyi ini. Saya perlu terlibat dalam pelbagai kemahiran ini untuk memperbanyakkan lagi usaha-usaha dakwah. Keupayaan dan kelebihan yang Allah berikan ini perlu dipergunakan sebaik mungkin. Maka, tunggulah kalian, saya akan kembali ke persada nasyid ini. Saya akan mula mengalunkan semula alunan lagu-lagu nasyid ini. Ini yang saya akan lsayakan semula. "I will be back".

Johan Pertandingan Nasyid Belia 2009 Lelaki - Kump. Soul Al-Ghamidi

Johan Pertandingan Nasyid Belia 2009 Perempuan - Kump. Tho'arul Jannah

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang