Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

HARI INI DALAM SEJARAH SAYA (FIKIRKANLAH)


17 Mei 2009, menjadi sejarah bermakna lagi dalam hidup saya. Saya cuba memahami dan mencari erti tersirat dari kisah yang berlaku kepada diri. Pencarian ini hampir pasti tidak akan berlaku kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Penetapan demi penetapan dibuat bukan atas dasar memenuhi kehendak-Nya kerana Allah tidak berkehendakkan apa-apa pun dari manusia. Tetapi segalanya adalah di dalam Kuasa Allah s.w.t. Percayalah pasti ada sesuatu yang dijanjikannya.

Bermula dari semalam, dari petang hingga ke malam saya berada di sekretariat ABIM Selangor. Apa lagi yang perlu saya lakukan bentak hati. Kenapa saya ada di sini? Apa saya buat kat sini? Pelik, tetapi benar, saya berada disitu. Seolah-olah pencarian itu tidak ada kesudahannya. Macam-macam soalan yang berlegar difikiranku. Saya tidak berhenti bertanya dan berfikir lagi.

Benarlah bahawa manusia ini diberikan akal, tetapi persoalan Allah di dalam Al-Quran selalu ditujukan kepada kita, adakah kamu tidak berfikir? Maka, kita sebagai manusia wajib berfikir, dan teruskan berfikir. Adakah kita perasan, mengapa ramai orang yang malas di dalam dunia ini? Bukan malas berfikir tetapi kemalasan ini juga berpunca dari pada penolakan jiwa manusia yang tidak mahu melatih otak untuk berfikir. Ajaibkan? Banyak saya terbaca dalam blog dan buku-buku yang sedang dibina dan telah terjual tentang kekuatan minda. Mengapa minda mereka kuat? Adakah sebab makanan atau ubat-ubatan? Pastinya semua orang ada terbaca atau mungkin telah membeli buku-buku ini. Persoalannya, berjayakan anda selepas membaca bukunya?

Susahkan? Apa puncanya? Sebab kita tidak mahu berfikir. Apa yang difikirkan oleh si penulis buku adalah hasil apa yang DIA FIKIRKAN bukan kita. Macammana dia boleh berjaya tetapi tidak pada diri kita, kerana KITA TIDAK BERFIKIR. Apabila saya melayari laman web dan pergi melawat ke blog-blog adik-adik kita yang berumur 15 hingga 18 tahun, ada beberapa kejutan juga buat saya. iaitu, mereka secara terang-terangannya menyebut 'I hate books', 'perkara yang paling saya menyampah; buku'. Lihatlah anak muda hari ini, perubahan ini amat ketara. Patutlah apabila kita berfikir, keupayaan kita berfikir berbanding orang lain jauh lebih cergas bahkan lebih cergas daripada orang lain hanya tahu bercakap dan bercakap banyak.

Pada mulanya, saya ingatkan orang yang bercakap banyak ini, cergas pemikirannya, tetapi rupanya tidak. Orang yang cergas pemikirannya ialah orang yang banyak berfikir bukan banyak bercakap. Tetapi apa yang saya fikirkan tadi masih belum terungkai lagi. Hari ini saya diumumkan menjadi Setiausaha Kewangan ABIM Selangor. Wah, naik pangkat nampak. Dulu Exco Pembangunan Sosial je, itupun, tak buat apa-apa pun, tetiba hari ini jadi SU Kewangan pula. Persoalannya, yag penting sekali, kenapa Allah letakkan saya sebagai Setiausaha Kewangan?

Adakah ini, tanda-tanda kekayaan yang Allah hendak limpahkan kepada saya yang diidam-idamkan selama hari ini? Atau ia sebuah ujian sebelum saya menjadi kaya atau ia merupakan ruang yang lebih besar untuk saya menyumbang kepada agamsaya? Apapun persoalannya, saya telahpun diberikan amanah, dan ia wajib dilaksanakan. Apa natijahnya, Allah akan tunjukkan sekiranya saya ini dari kalangan orang-orag yang sabar.

Ya Allah, saya bersyukur kerana engkau letakkan nama saya dan diri di dalam peringatan mereka yang menjadikan agama-Mu sebagai cara hidup mereka dan janji-Mu sebagai nyawa kehidupan mereka. Ya Allah, tetapkan imanku, kukuhkan keyakinan ku terhadap-Mu serta suburkanlah hatiku ini dengan ilmu yang bermanfaat dan berguna. Saya juga bersyukur kepada mu Ya Allah, kerana ini ku anggapkan adalah sebahagian dari ujian-Mu, saya yakin dan amat percaya, inilah sumber pengukuhan imanku, keikhlasanku serta perjuanganku demi kesenangan dan keindahan hidup di dunia yang abadi.

Setiausaha Kewangan
ABIM Negeri Selangor 2009-2010

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang