Skip to main content

DAFTAR SEKARANG!

DAFTAR SEKARANG!
Cemerlang Belajar Online, 20 Jun 2021, 9.00 pagi

BERSAMA PROGRAM JOM JADI USAHAWAN JABATAN BELIA DAN SUKAN SEPUTEH


Saya memulakan langkah dari Kuala Selangor ke Kapar Klang. 3 Mei 2009, ada banyak kenduri hari ini. Beginilah keadaan saya, hubungan dengan keluarga semakin jauh apabila sibuk menggerakkan program untuk masyarakat. Tidak boleh tidak terpaksalah diwakilkan isteri tersayang dalam semua jemputan pada hari ini.

Program berlangsung di Kompleks Rakan Muda Klang. Keadaannya tidaklah semeriah mana, tetapi perjalanan programnya cukup memberangsangkan. Perjalanan saya cukup terarah dan mula merangka, apa yang saya persembahkan kepada mereka. Pada awalnya saya bertolak keluar dari kawasan perumahan saya di Kuala Selangor mengarah ke pejabat saya di Saujana Utama. Rancangnya nak bawa 'laptop' sendiri. Perjalanan saya rasakan seperti sangat jauh. Penuh di dalam kotak pemikiran ini, apakah yang akan saya sampaikan dan adakah apa yang akan saya sampaikan nanti berjaya mengubah pemikiran mereka?

Tiba sahaja saya di pejabat, saya tidak menunggu lama. Saya masuk ke pejabat, ambil komputer riba dan terus bergerak ke tempat sebenar yang dituju. Saya berfikir lagi apakah yang patut saya beritahu mereka. Jom Jadi Usahawan. Saya ni dah jadi usahawan ke? Saya mula berangan-angan dan berfikir sehinggakan tidak perasan yang saya sudah hampir tiba.

Ketibaan saya tidak disambut sesiapa pun. Saya rasa asing, maklumlah, sebenarnya saya ni hanya menggantikan Abang Mohsen untuk program hak milik Lil Cent Total Solution sahaja. Tetapi kesempatan ini saya ambil untuk menambahkan lagi pengalaman dan meneruskan misi pembelajaran dalam hidup saya ini. Sesi sepatutnya bermula jam 9.00 pagi dengan slot wakil dari pihak MARA Klang. Tepat jam 9.00 pagi, wakil dari Pejabat MARA Klang belum juga muncul. Saya agak runsing tetapi cuba bertenang. Lalu, saya pun memulakan bicara awal bersama peserta-peserta.

Assalamualaikum, sapa saya kepada peserta. Mereka terdiri daripada 43 orang peserta, 39 dari UIAM dalam pelbagai bidang manakala 4 orang datangnya dari mereka yang telah bekerja dan pelajar ILP. Saya memulakan proses pemecah bendungan. Saya perkenalkan diri dan respon peserta baik. Saya memulakan bicara, ada peserta bertanya, saya ni usahawan apa? Lalu dengan spontan saya menjawab, air liur. Wah! Air liur. Sebenarnya saya baru terfikir masa tu. Inilah usahawan, semua benda boleh didagangkan dan semua benda boleh dijual, tidak salah lagi. Sayalah usahawan itu (ketawa sendiri).

Sesi pertama bermula lewat jam 9.30 pagi. Tiba sahaja wakil dari Pejabat MARA Klang, dia mengomel. "Kenapa tak pasang kain rentang ke apa ke, berpusing-pusing saya" katanya. Saya hanya mampu tersenyum melihat gelagat manusia sebegini. Keadaan sering dipersalahkan dan seolah-olah jika keadaanlah yang menguasai kita.

Saya teringat catatan Stephen Covey tentang prinsip 90/10. 10% dari apa yang berlaku adalah disebabkan keadaan persekitaran yang tidak ada upaya untuk kita mengawalnya manakala 90% lagi adalah bergantung kepada bagaimana kita memberikan tindak balas kepada keadaan tersebut. Yang pastinya, 90% lagi adalah di dalam kawalan kita. Ini membuatkan saya terfikir bahawa, kesungguhan dan keupayaan saya dalam mengusahakan perkhidmatan begini memerlukan beberapa tumpuan penting dan perlu diperbaiki untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya dan disegani;

  1. Sentiasa meletakkan kejujuran sebagai asas dalam diri walaupun dalam keadaan terlewat menghadiri sesi ceramah. Bukan dipersalahkan tempat ceramah, tetapi sebenarnya kitalah yang tidak pro-aktif untuk mengatasi kelemahan tersebut.
  2. Lakukanlah pada kadar yang terbaik menuruti apa yang diminta oleh pelanggan. Bukan bercakap pada benda yang bukan keutamaan menjadikan objektif asal tidak kesampaian. Biarlah kita penat danberpeluh sekalipun melaksanakannya. Itulah tuntutannya.
  3. Sentiasa kreatif dan inovatif dalam setiap persembahan. Walaupun pada perkara teknikal (seperti yang saya buat hari tu la, Rancangan Perniagaan), ia perlu diubah pendekatan dan gunakan kaedah yang jauh lebih menarik dan terancang.






Benarlah kata-kata Kiyai Abdullah Gymnastiar, kredibiliti manusia ini bergantung kepada 3 tonggak iaitu; jujur, komited dan dedikasi serta kreatif dan inovatif. Perjalanan program ini sangat lancar dan diharapkan dapat memberikan manfaat kepada peserta yang hadir. Jikalah saya ini diberikan ruang dan lapang masa untuk berkongsi idea dan pengalaman bersama mereka, nescaya Ya Allah, akan saya sampaikan pesanan Nabi Mu dan amanah ummat kepada mereka.

TUNE-lah diri kita.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN INTEGRITI DALAM KEPIMPINAN

Insan berintegriti apabila mengamalkan sikap jujur ​​serta menonjolkan daya kepatuhan yang berterusan tanpa kompromi terhadap nilai-nilai dan juga prinsip moral berlandaskan kepada etika sesuatu pekerjaan atau kelompok. Apabila kita merujuk soal etika, integriti di dalamnya adalah kejujuran dan kebenaran atau ketepatan tindakan seseorang. Integriti amat bertentangan dengan kemunafikan, kerana penilaian melalui neraca integriti akan mengambil kira konsistensi dalaman peribadi dengan sifat murnipada masa yang sama dinasihatkan kepada pihak yang memiliki nilai-nilai yang bertentangan dalam diri dan kelompok itu, harus memikirkan soal perbezaan tersebut lalu mengubahnya. Perkataan integriti sebenarnya dikembangkan dari kata asal integer dari perkataan Latin melambangkan satu sifat, yang bermaksud keseluruhan atau lengkap. Maka dari satu sudut pandang dunia kepimpinan, integriti adalah nilai jati diri kepimpinanyang dilambangkan melalui kualiti seperti kejujuran dan sifat ketekalan. Oleh se

KENAPA SAYA PERLU MENJADI FASILITATOR?

Apabila kita fikirkan bersama, keprihatinan masyarakat pada hari ini adalah amat kurang. Peningkatan gejala sosial semakin meningkat dan amat meruncing. Pelbagai cerita dan khabar yang telah kita dengari dan khuatiri. Apa peranan kita? Adakah kita hanya ingin mendengar dan melihat tetapi tidak mahu turut sama membantu? Masyarakat hari ini sudah hilang rasa peduli mereka kepada msayarakat. Mereka tidak berminat untuk mengambil tahu tentang masalah orang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada kehidupan secara individu. Akhirnya ia melahirkan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Apa itu fasilitator? Fasilitator datangnya dari perkataan Bahasa Inggeris 'facilitator'. Ia adalah kata terbitan dari kata dasarnya 'facilitate'. Secara bahasanya ia membawa maksud kemudahan, bantuan atau membantu. Ia juga dikenali sebagai pemudahcara, pembimbing dan banyak lagi istilah yang digunakan. Fasilitator adalah contoh, pencetus, motivator, provokator dan pelbagai

MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI

Herbert A. Simon menganggap proses membuat keputusan adalah sama dengan keseluruhan proses pengurusan. Pandangan beliau 'Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of action.' Membuat keputusan di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam memastikan kelangsungan organisasi tersebut. Semua kita secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan ini khususnya dalam hal peribadi, keluarga begitu juga dalam situasi bersama rakan-rakan sekerja. Apabila terhidang dihadapan kita beberapa pilihan untuk diambil khusus kepada isu-isu tertentu, pilihan kita itulah yang dikatakan sebagai keputusan. Selagi ia berhenti pada tahap pilihan maka ia belum dinilai sebagai sebuah keputusan. Pilihan adalah alat pandu kepada si pembuat keputusan sesuai dengan objektif yang ingin dicapainya. Pembuat keputusan kebiasaannya adalah mereka yang