Ceramah Kerjaya di SMK Convent Kajang



Aku bersama Johari ke SMK Convent Kajang pada 23 April 2009. Ceramah yang berlangsung hanya 1 jam 30 minit bermula hambar dan tidak menyengat. Aku seolah-olah hilang arah mungkin disebabkan soalan-soalan yang ditimbulkan sebelum ceramah bermula khususnya soal bayaran.


Namun ceramah diteruskan jua. Peserta juga menjadi permasalahan kerana bilanganya hampir 200 orang rasanya. Ramai dan melaut. Keadaan agak hingar bingar di dalam dewan dan terasa seperti berada di pasar malam. Adakah aku sudah hilang kemampuan untuk mempengaruhi peserta.



Alhamdulillah, tidak juga, aku berjaya mententeramkan keadaan dengan teguran, sindiran dan sedikit jenaka. Tetapi itu semua tidak dapat memuaskan aku apatah lagi Jo. Jadi ceramah berjaya ditamatkan dan semuanya berjalan lancar.


Faktor-faktor utamanya ialah;

1) Tiada sebarang permainan diselitkan. Mungkin sebab aku fikir terlalu banyak maklumat untuk disampaikan.

2) Peserta yang kurang berdisiplin, tiada teguran dari guru dan keluar tanpa meminta izin dari penceramah. (Kurang sopan).

3) Fokus perbincangan dan tempoh perbincangan yang terlalu singkat.


TUNE-lah diri kita.


Perunding Utama Latihan dan Motivasi
IQ Class Management
SMK COnvent Kajang

No comments: